Jika cinta itu adalah satu
minuman, pasti manusia akan meneguknya tanpa puas. Minuman yang tak akan pernah
mampu untuk menghilangkan dahaga manusia. Itulah satu istilah cinta yang
menggambarkan betapa hebatnya penangan cinta dalam kehidupan manusia.
Berusaha melupakannya, sama
sukarnya dengan mengingat seseorang yang tak pernah kita kenali. Itulah
perumpamaan apabila saban waktu orang memujuk agar Erna melupakan Rifqi. Tempat
jatuh lagi dikenang, inilah pula teman yang tiada pengganti.
Sudah dua tahun semuanya berlalu.
Erna cuba teruskan hidup dengan apa adanya. Tiada apa-apa perubahan yang jelas
ketara kecuali…dia sudah tidak punya rasa untuk bersosial bersama rakan-rakan.
Sesuatu yang menjadi kesukaan dan kegilaannya dahulu, bukan lagi perkara yang
mampu menambat hatinya.
Di setiap hujung minggu, Erna hanya
menghabiskan masa di pusara Rifqi. Membaca yasin, membersihkan kubur Rifqi dan
mengunjungi ibu Rifqi. Tak akan ada yang berubah. Ribut atau hujan tidak
menghalang langkah kakinya untuk ke kubur Rifqi.
Datuk Emran dan Datin Zabedah
sudah mati kutu. Tak tahu hendak buat apa lagi dengan anaknya itu. Ingin
dilarang, jadi tak sampai hati. Ingin dibiarkan, terus boleh bawak mati.
“Macam mana ni bang? Saya tengok
Erna tu dah macam janda. Pergi kubur Rifqi. Tidur dekat bilik Rifqi... Makan
makanan kegemaran Rifqi. Peninglah macam ni!”
Buntu, kelu, pening semuanya
menjadi pekasam dalam jiwa seorang ibu. Ibu mana mana yang sanggup melihat
anaknya hidup sebegitu untuk seumur hidupnya! Masa depan Erna masih jauh...
“Abang pun pening. Tak tahu nak
buat macam mana lagi. Senang-senang kita kahwinkan sahaja Erna tu. Mungkin itu
je cara nak buat Erna lupakan Rifqi.” Cadangan itu terlintas secara langsung di
benaknya. Siapa tahu idea gila itu akan menjadi.
“Abang ni... Cubalah bagi idea
yang bernas dan menarik sikit. Hidup anak kita tu dah tunggang-langgang, abang
nak terbalikkan pulak hidup dia?” Datin Zabedah sudah mula bercekak pinggang.
Tak faham dengan cara pemikiran orang lelaki yang terlalu mudah dan singkat!
“Apalah Edah ni... Abang fikir
panjanglah ni. Kalau ada suami nanti, dia pandailah sayangkan suami dia. Tak
lah di sibuk duk jadi janda berhias pada arwah Rifqi tu.”
Mereka berdua saling terdiam.
“Kalau ya nak kahwinkan Erna,
siapa calonnya?”
“Anak kawan-kawan saya ramai.
Pilihlah siapa-siapa pun..”
“Amboih... mudah betul abang cakap kan? Erna tu anak kita.
Bukan anak kambing atau anak kucing.”
“Eh, memanglah... kalau anak
kucing, tak payah susah-susah nak nikahkan.” Datin Zabedah terus mencubit
lengan suaminya. Orang serius, dia main-main pulak! Hati yang diserang risau
bertambah menjadi sakit hati apabila melayan karenah si suami.
“Ish... awak ni tak menyempat
betul. Nanti saya surveylah. Tapi yang menjadi persoalannya, Erna setuju ke?
Dia tu berkawan pun dah macam tak berminat. Ini kan pulak nak berkahwin.”
Kali ini nada suara Datuk Emran
sudah bertukar rentak. Ada nada risau di celahan ayat yang terkeluar. Mereka
sekarang berada di jalan yang berbengkang-bengkok. Tak ada jalan highway untuk
meredah redah. Nak tak nak, kena cari jugak jalan lurus!
“Kita kena cari seorang lelaki
yang boleh buat Erna bersimpati pada dia.” Cadang Datin Zabedah spontan.
“Simpati? Nak simpati macam mana?
Silap hari bulan nanti lelaki tu yang akan bersimpati dengan nasib Erna!”
Lagipun boleh percaya ke pada simpati? Rasa simpati tu boleh bawak mati!
Keduanya saling terdiam dan otak
mereka cuba merencana idea di celahan akal fikiran. Alasan apa yang sesuai
untuk memujuk Erna supaya berkahwin ya?
“Hah.... Kita carikan Erna duda
yang ada anak! Mesti Erna kesian dekat budak yang dah tak beribu tu...Lepas tu
mesti Erna rasa nak kahwin kan?” Melopong Datuk Emran mendengar cadangan si
isteri.
“Awak ni betul ke tidak? Ada ke
nak suruh anak kita kahwin dengan duda!”
“Dah tu anak awak pun dah macam
janda... Kita kena meletakkan keduanya dalam frequensi yang sama. Kira okaylah
tu kan... Depa saling mengerti erti kehilangan Bila depa saling mengerti,
barulah depa boleh memahami, mengenali dan menyintai.” Ulas Datin Zabedah lagi.
Dia sendiri tak mampu menilai sama ada cadangannya ini bernas ataupun tidak.
Dia cuma cuba mencari yang terbaik buat
si anak yang terluka.
“Betul tu memanglah betul... Tapi
mana pulak nak cari duda? Duda cerai ke atau duda kematian isteri?”
Kali ini giliran Datin Zabedah
pula yang menggarukan kepala. Sendiri bagi idea, sendiri jugak yang kebuntuan.
“Tak kisahlah duda cerai ke duda
mati.. Asalkan duda tu ada anak.”
“Persoalannya, nak cari dekat
mana? Kalau ada agensi duda kebangsaan, bolehlah jugak saya pergi cari...”
Pasangan suami isteri itu mula
berbalah sesama sendiri.
“Ish... saya dah sumbangkan idea.
Sekarang turn abang pulak yang tolong cari. Anak kawan-kawan abang kan ramai...
Mesti ada yang duda kan..”
Datuk Emran mencuri nafas. Sakit
kepala memikirkan kisah si anak. Tambah pening kepala dengan karenah si isteri.
Tak pernah-pernah ada orang hendak mencari calon menantu duda. Tapi kalau
lelaki itu single, pasti susah untuk menarik perhatian si Erna yang umpama
hidup tanpa perasaan itu lagi.
“Yalah...yalah... saya try
usahakan. Awak pun kerling-kerling pandang-pandang jugak.. Kot-kot ada
mana-mana lelaki duda yang awak berkenan nak dibuat menantu.”
Datuk Emran mula mencapai cawan
minuman lalu disua ke mulutnya. Dalam hati sudah menimbang beberapa calon anak
kenalan yang mungkin masih bujang. Tapi kriteria yang hendak dicari ialah duda.
‘Celah mana pulak nak cari duda
ni?’ Digaru dahi yang tidak gatal. Susah memang susah. Tapi dia akan usahakan
demi kebahagian satu-satu anaknya.
***
Diari
hijau itu ditenung lama. Setiap hari sebelum memulakan pekerjaan, dia masti
akan menjamu mata merenung bait-bait terakhir yang ditulis oleh Rifqi.
Seakan-akan semuanya masih belum pudar. Rasa kehilangan itu masih belum hilang.
Ketukan
di muka pintu membuatkan Erna cepat-cepat menyimpan diari tersebut di dalam
laci. Tidak mahu jika ada sesiapa melihat keadaannya yang masih berduka lara.
Sememangnya dia masih mampu untuk berpura-pura bahagia di depan semua orang.
“Ya
Sal... ada apa?” Tanya Erna pada Salmi yang merupakan pembantu pelukis pelan di
syarikat milik papanya ini.
“Meeting
dah nak mula. Semua orang tunggu Cik Erna.”
“Give
me two minutes. I will be there.”
Salmi
menangguk tanda faham dan mula meninggalkan bilik Erna. Erna mula
mengemaskinikan dokumen untuk dibawa ke bilik mesyuarat. Matanya sempat singgah
pada cermin kecil yang memang menghiasi meja kecilnya ini.
Merenung
dan menatap anak matanya sendiri umpama dapat melepaskan rindu yang membuak
pada Rifqi. Bukankah sepasang mata ini memang menjadi miik Rifqi. “Aku nak
pergi kerja dah...” Erna tersenyum dan menghirup segala semangat yang masih
bersisa.
Dia
mengajar diri untuk tidak terus menangis lagi meratapi pemergian Rifqi. Lagipun
dia tidak mahu mata Rifqi terasa peritnya untuk mengeluarkan tangisan.
Punggungnya mula diangkat dan langkah kaki mula dihayun ke bilik meeting.
Meneruskan kehidupan yang sedang menunggu.
Fareeq
mengerling pandang ke arah Erna yang baru tiba dengan senyuman manis. Namun
Fareeq dapat rasa yang senyuman itu plastik. Sejak dua tahun yang lepas, Erna
memang begini. Senyuman tidak lepas dari wajahnya namun terlalu sukar untuk
mendengar suaranya. Bercakap dan berbual bila perlu sahaja. Ketawa jauh sekali.
Hubungannya dengan Erna masih
baik cuba tidaklah serapat dahulu. Dia tahu yang rakan-rakan sepejabat naik
pelik dengan sikap mereka selepas Rifqi meninggal. Apatah lagi semua orang
sedia maklum yang mereka telah bertunang. Macam-macam spekulasi yang timbul.
Namun Erna dan Fareeq terus buat
pekak. Tak ambil peduli soseh-soseh rakan pejabat yang tidak akan pernah
berhenti. Fareeq sudah terlalu bersyukur apabila dirinya masih diterima untuk
bekerja di sini walaupun dia sudah melukakan sekeping hati Erna.
Kata Datuk Emran, dia tidak akan
sesekali menyatupadukan hal kerja dengan hal peribadi. Satu perkara yang Fareeq
tabik sangat. Malah sehingga kini layanan Datuk Emran dan Erna masih baik
kepadanya.
Mesyuarat berjalan dengan lancar.
Segala projek yang berada di bawah kawalan Fareeq masih berjalan seperti yang
dirancang. Tiada sebarang masalah kerana Fareeq benar-benar mengawal projek
seliaannya. Dia tidak mahu mengambil remeh semua perkara lantaran dia mahu
menunjukkan yang terbaik buat Datuk Emran.
Erna cuma menyampuk apabila perlu
bila ditanya. Sebagai projek manager, dia hanya mendengar perbentangan daripada
pekerja yang lain. Tidak banyak perkara yang hendak dia perkatakan. Matanya
merenung kerusi yang menjadi tempat Rifqi duduk dahulu.
Lelaki itu paling tak suka formal
meeting. Setiap kali meeting, pasti Rifqi akan menconteng atau melakarkan
sesuatu di kertas A4. Kadang-kadang dia lukis kerbaulah, harimaulah,
gajahlah... Kalau terlebih kreatif, dia akan melukis gambar Erna sendiri. Tapi
versi kartun yang sangat kelakar.
“Pst... comel tak awek ni?” Bisik
Rifqi sewaktu rakan sekerja yang lain sedang membentangkan pelan projek.
“Hodoh lah... tapi macam kenallah
muka ni.” Sempat juga Erna melayan. Dia pun sebenarnya mengantuk
“Lah... nak buat macam mana.
Pemilik muka ni memang dah hodoh. Kalau lukis cantik-cantik pun jadi hodoh jugak.”
Baru Erna perasan yang contengan
itu ada iras-iras wajahnya sedikit. ‘Cis kek punya Rifqi, dia kutuk aku terang
tang-tang!’ Kerana terlalu geram, Erna terus mengambil pensel mekanikalnya dan
mencucuk peha Rifqi. Padan muka! Siapa suruh biadap sangat!
“Ouchhh...” Jeritan Rifqi mula
mengalih perhatian semua orang di dalam bilik mesyuarat.
“Kenapa Rifqi?” Tanya Datuk
Emran. Diurut jantungnya sendikit, ikut turut terkejut.
“Tak ada apa-apa datuk..” Mulut
mengaku tak ada apa-apa sedangkan tangan laju sahaja menggosok pehanya yang
kesakitan. ‘Cina beng punya Erna, dia belasah aku tang ni jugak!’
Erna menyembunyikan senyum.
“Sakit perut ke? Nak pergi tandas?” sempat lagi Erna buat muka prihatin
sedangkan ibu jari sudah berada di dagu. Menunjukkan tanda bagus.
“No need... Erk, boleh proceed
meeting!” Segan pula bila semua mata-mata memandang ke arahnya. Tergendala
mesyuarat seketika.
“Erna, Rifqi... Please behave!
Korang ni waktu meeting pun nak main-main jugak.” Marah Datuk Emran usai
mesyuarat berakhir. Bukan boleh kira sangat budak berdua ni. Sorang suka
membuli dan seorang lagi suka membuli balik! Dia tidak mahu pekerja yang lain
hilang respek pada Erna dan Rifqi. Kedua-duanya mempunyai pangkat yang agak
besar dalam syarikat.
“Rifqi yang cari pasal papa...”
“Eh uncle, Erna ni yang tak bawak
bersabar. Orang usik sikit pun tak boleh.” Cebik Rifqi sambil membeliakkan
matanya.
“Sudah...sudah... Nanti kalau ada
meeting, korang tak boleh duduk sebelah lagi. Duduk jauh-jauh.” Dia kena serius
dalam memberikan arahan pada Erna dan Rifqi. Ialah, sorang anak sendiri.
Seorang lagi anak jiran.
“Alah papa...”
“Tak ada. Keputusan muktamad.
Sebarang surat menyurat tak akan dilayan.”
Erna tersenyum mengingati
peristiwa lalu itu. Tanpa sedar, tanganya laju melakar sesuatu di dalam buku
catatan. Nama Rifqi. Hendak melukis, dia langsung tak punya bakat. Jadi dia hanya
mampu mengukir nama Rifqi sebagaimana nama lelaki itu terukir kemas di hatinya.
Mesyuarat berakhir dengan
sempurna. Erna mula mengemaskan barang-barangnya dan mula menolak kerusi ke
belakang. Rata-rata staf telah pun keluar dari bilik mesyuarat. Cuma tinggal
dia dan Fareeq sahaja.
“Erna...”
Kepala mula ditoleh ke belakang.
Mata mula mencari gerangan si pemanggil tadi.
“Are you okay?” Fareeq mengambil
sikap ambil berat. Walaupun dia sudah memiliki hidup sendiri, itu tidak
bermakna dia tidak mempedulikan kebahagian Erna.
“Soalan sarkastik apa yang abang
tanya ni? I’m okay.. I really-really do..”
Sesungguhnya ‘are you okay’ itu
bukanlah soalan kesukaan Erna. Macamlah dia nampak macam orang gila yang sedang
menangis hiba dengan meratapi pemergian seorang lelaki yang dia cintai. Dia
masih waras dan masih mampu berfikir dengan sempurna.
“Tapi Erna tak nampak macam
tu...” Ya pada fizikalnya memang Erna nampak sempurna. Tapi siapa tahu apa yang
menapak dalam hati dan jiwa Erna. Dari bening mata Erna, Fareeq dapat menebak
yang Erna sedang terseksa. Erna sedang menderita atas kehilangan Rifqi.
“Abang....” Erna mula melangkah
mendekat sedikit.
“Kalau abang masih nak tengok
Erna depan mata abang... Sila berhenti tanya soalan-soalan bodoh nih. Kalau
tak, jangan abang fikir untuk tengok ataupun bercakap dengan saya lagi. Saya
tak perlukan simpati abang dan ayat-ayat tragis abang tu. Dan saya tak perlukan
orang yang tak percayakan saya... If I said I was okay, that means I really
mean it! Erna dah bosan nak ulang jawapan yang sama berulang kali!”
Erna mula berlalu dengan
dengusan. Bosan dengan orang-orang di sekeliling yang masih meragui kekuatan
miliknya. Apa dia nampak macam mayat hidup ke? Rasanya dia masih menajalani
kehidupan mansia yang normal.
Fareeq duduk lalu menguak
rambutnya sedikit. Erna dah jauh berubah. Erna jadi cepat marah dan melenting
padanya. Dia tidak seperti gadis yang mula-mula Fareeq kenali. Mungkin juga
kesalahan ini berpunca dari dirinya sendiri. Kalau dia tak cari pasal, tentu
sahaja Erna tak menderita sebegini rupa.
***
Hari
ini Datuk Emran pulang lewat sedikit. Katanya hendak menghadiri majlis agama
yang dianjurkan oleh pihak masjid. Datin Zabedah tidak mengikuti suaminya.
Hasratnya hendak menemani Erna. Walaupun Erna sudah besar panjang, namun
hatinya tetap risau jika meninggalkan Erna sendiri di banglo besar ini.
“Erna,
kamu tak nak keluar ke? Jumpa kawan-kawan. Melepak atau tengok wayang ke?”
Tanya Datin Zabedah ketika anaknya itu sedang menonton televisyen.
“Buat
apa ma... Duduk rumah lagi aman damai. Tak payah sesak-sesak fikir pasal jamed
lagi.”
“Yalah..
sesekali otak tu perlukan udara segar jugak. Have fun dengan kawan-kawan
sementara masih bujang nih...”
Erna
mula mengerutkan dahinya. Bagai ada yang tak kena dengan ayat mummynya.
‘Sementara masih bujang?’ Adakah ayat itu bermaksud yang mummy sedang mencari
jodoh untuknya? Perlahan-lahan Erna menarik nafas dan menghembusnya perlahan.
Kenapa topik kahwin jugak yang menjadi pilihan mummy?
“Mummy....
Erna tahu dan faham apa yang tengah mummy fikir tu. Please... I’m not ready
yet...”
Televisyen
yang terpasang mula hilang penonton apabila si ibu dan si anak saling beradu
pandangan dan hujah.
“Tapi
sampai bila? Umur mummy dengan papa bukan makin muda. Kami nak tengok Erna
kahwin dan hidup bahagia.”
Okay, ini memang ayat drama.
Datin Zabedah sempat songlap semasa menonton drama di tv3 minggu lepas. Apa
tajuknya, tidak pula Datin Zabedah ingat. Yang pasti, lebih kurang begitulah
dialognya.
“Sekarang
pun Erna dah cukup bahagia apa.. Ada mummy.. ada papa... Erna dah bersyukur
dengan apa yang Erna ada..” Susah nak fahamkan orang di sekliling dengan apa
yang dia rasa tika ini. Dia bukan hendak memberontak, tapi tak boleh ke bagi
lebih masa lagi untuk dia mengabadikan diri bersama kenangan-kenangan bersama
Rifqi.
Datin
Zabedah mula mengangkat punggung. Kakinya mula dihalakan ke arah Erna. Biar
lebih dekat dan lebih cepat ayatnya mencerna di dalam benak Erna. Dia tahu yang
anaknya itu bukan degil sangat. Dia tahu Erna tak bersedia. Tapi kalau ikut
pada sedia, sampai bila-bila pun tak akan sedia selagi nama Rifqi terpahat di
lubuk hati Erna.
Tak
kanlah nak suruh mereka berdua berdrama pulak. Perlu ke Datuk Emran berlakon
sakit untuk meraih perhatian Erna agar anaknya itu berkahwin? Bukankah ini yang
sering dilakukan di dalam drama-drama. Mungkin boleh dipraktikkan dalam dunia
yang sebenar. Tapi Datin Zabedah langsung tak sampai hati nak menipu. Lagipun,
pasti ada cara yang lebih baik untuk menangani isu anaknya yang seorang ini.
“Sayang...
seorang manusia itu diciptakan berpasangan... Seorang perempuan memerlukan
lelaki dan seorang lelaki memerlukan perempuan. Yang pergi telah pergi dan yang
hidup kena teruskan hidup. Mummy tak paksa Erna kahwin sekarang, tapi
sekurang-kurangnya Erna janganlah tutup hati Erna untuk menyintai dan dicintai
lagi... Mummy nak Erna bahagia. Dengan siapa pun mummy tak kisah. Asalkan anak mummy
bahagia....”
Air
mata Datin Zabedah sudah bergenang di kelopak mata. Ini bukan drama. Ini memang
realiti. Dia sebak bila mengenangkan nasib anaknya yang seorang ini.
“Bagi
Erna masa mummy.... Maafkan Erna.” Bibir Erna mula dilabuhkan di pipi si ibu
lantas punggungnya mula bangun dari kerusi empuk itu. Air mata tak betah
bertahan melihat si ibu yang merayu untuk dia terus mencari kebahagian
sedangkan dia awal-awal lagi cuba untuk menutup kebahagian dari dunia luar itu.
Datuk
Emran yang baru sampai itu hanya bersikap berdiam diri melihat pertelingkahan
kecil si ibu dan anak. Keluhan lembut mula dilepaskan.
“Abang
baru balik?” Datin Zabedah mula menegur si suami yang masih terpacak di tepi
pintu. Sibuk bertelagah dengan Erna sampai tidak menyedari kepulangan si suami.
“Abang
dah jumpa calon suami untuk Erna.”
Kata-kata
Datuk Emran membuatkan rahang Datin Zabedah terjatuh. Hatinya terus
bergelombang dengan arus dan virus yang entah dari mana datang berkunjung.
Mampukah Erna menerima calon yang dicari oleh mereka?
***
Erfan
mula mengutip segala sejadah yang terdampar di ruang solat. Inilah rutin harian
yang dia lakukan apabila selesai menunaikan solat di masjid kecil di kawasan
perumahan mewah ini. Inilah satu-satunya masjid yang mempunyai penyaman udara.
Ini pun atas sumbangan penduduk setempat yang memang tergolong dalam kategori
orang-orang kenamaan.
Sementara
mencari rumah baru, Erfan tinggal dahulu bersama kakak dan abang iparnya. Sudah
sebulan dia berada di bumi Malaysia setelah bertahun-tahun tinggal di Melboune,
Australia.
Rasa
macam tak percaya yang dia kembali di tanah tumpah darahnya sendiri. Sangkanya
dia akan berkampung buat selamanya di Australia. Namun memandangkan yang
syarikatnya baru sahaja membuka cawangan di Malaysia, jadi kudratnya mula
dituntut di sini. Inilah yang membuatkan dia kembali pulang disamping rayuan
dari kakaknya.
“Pak
cik baru nampak kamu dua tiga hari ni... Baru pindah dekat sini ke?” Memang
sudah beberapa hari dia perhatikan anak muda yang mungkin baru melewati awal
tiga puluhan. Sudah lama dia ingin menegur, namun ada sahaja halangan yang
menjadi penghalang.
“Rumah
kakak saya dekat sini... Rumah saya dekat Kota Sas. Dalam proses renovation...
Pak cik duduk dekat sini ke?” Tanya Erfan. Sekadar berbasa basi. Tidak mahulah
dituduh sombong. Lagipula memang dia ke masjid untuk mengeratkan silaturahim
antara masyarakat.
“Haah...
Pak cik duduk lorong 12....”
Datuk
Emran jadi kagum dengan anak muda ini. Saban hari dia datang ke masjid
mengikuti ceramah yang diadakan. Orang cakap kalau nak cari menantu, masjid
mungkin tempat selayaknya. Bukanlah menyatakan orang yang masuk masjid itu baik
belaka tapi pasti ada kebaikannya yang membuatkan dia terpanggil untuk ke
masjid. Tak salah jika manusia berprasangka baik sesama sendiri.
“Abang
ipar saya Rafie. Pak cik kenal? Dia kontraktor...”
“Lah...kamu
ni adik ipar Rafie ke? Pak cik kenal sangat..” Datuk Emran mengangguk-ngangukkan
kepalanya berulang kali. Dia kenal sangat dengan Rafie itu kerana pernah
berkerjasama beberapa projek dengan Rafie itu. Nampaknya jalan makin mudah
untuk mengenali anak muda ini.
“Anak
ni nama siapa?”
“Erfan...
Erfan Farzail...”
“Eh,
macam nama pemain bola sepak pulak.” Seloroh Datuk Emran sambil ketawa. Namun
Erfan di hadapannya kelihatan lebih kacak berbading dengan Ifran Farzail yang
gagah di padang bola itu.
Erfan hanya tersenyum cuma. Dia
memang tidak mengenali pemain Malaysia lantaran bertahun-tahun tinggal di
Australia. Lagipun, bola sepak bukanlah sukan kegemarannya.
“Eh
pak cik... Jemput datang hujung minggu ni.. Ada buat majlis akikah untuk anak
saya...”
Terus
jatuh merundum semangat Datuk Emran untuk bermenantukan Erfan tatkala mendengar
tutur kata lelaki itu. ‘Dah kahwin rupanya mamat nih... Tak jadilah nak buat
menantu.’ Rasa hampa mula mengetuk pintu hati.
“Dan
majlis tahlil untuk arwah isteri saya....” Perlahan-lahan Erfan menyambung
ayatnya. Kepalanya ditunduk sedikit. Mengenangkan Sahila, hatinya dipukul rasa
sakit.
Entah
kenapa, tiba-tiba Datuk Emran rasa hendak meloncat riang. Dia tahu dia tak
patut merasa demikian. Bergembira di atas kedukaan orang lain. Tapi hatinya
diserang bahagia apabila mula menyedari yang Allah hendak memakbulkan doanya.
Bukankah dia hendak mencari seorang duda buat Erna.
“Takziah
dari pak cik... Baru lagi ke?”
“Dia
meninggal waktu melahirkan anak yang pertama....” Entah kenapa, bibirnya senang
untuk berbicara dengan pak cik ini. Terasa beban yang ditanggung mula diangkat
pergi.
“InsyaAllah
kalau tak ada aral melintang, kami sekeluarga akan sampai. Sampaikan salam pada
Rafie.” Ditepuk berulang kali bahu Erfan. Dalam fikiran sudah merencana
sesuatu. Dia akan memperkenalkan Erna dan Erfan di majlis itu.
‘Macam
ada kimia pulak... Erna dan Erfan!’
“Abang,
saya tanya abang ni, macam mana abang jumpa dengan calon tu?” Tanya Datin
Zabedah untuk kesekian kalinya. Jauh benar suaminya itu mengelamun.
“Abang
jumpa dekat masjid. Minggu ni dia ada buat majlis akikah anak dia jadi dia
jemput kita sekeluarga datang. Kita bawak Erna sekali!” Songkok di atas kepala
mula dicabut. Punggungnya dijatuhkan di birai katil sambil memandang ke arah si
isteri yang sedikit melopong.
“A...nak
di...a? Abang ni biar betul? Abang nak suruh Erna bermadu ke? Kalau nak
bermadu, baik kita kahwinkan dia dengan Fareeq je!” Protes Datin Zabedah tidak
berpuas hati.
“Dia
buat majlis akikah untuk anak dia dan majlis tahlil untuk isteri dia....” Jelas
Datuk Emran lagi.
Kali
ini rahang Datin Zabedah terus terjatuh. Tercengang dan tak terduga!
“Maknanya
abang betul-betul carikan duda untuk anak kita?” Hati Datin Zabedah mula
diusung dengan rasa takut dan cuak. Benarkah tindakan mereka yang hendak
mencari calon duda untuk Erna ini?
“Ya...
duda... Anak dia kecik lagi. Harap-harap Erna terbukak hati nak terima Erfan.”
“Tapi
kan bang, boleh ke duda tu nak terima Erna? Dah berapa lama isteri dia
meninggal? Anak dia berapa tahun? Betul ke tindakan kita ni bang... Edah
bimbang nanti, silap hari bulan nanti tak pasal-pasal Erna pulak yang
menjanda!” Rasa bimbang dan khuatir tidak dapat ditepis begitu sahaja.
Macam-macam benda bersarang di fikirannya tika ini.
Datuk
Emran melepaskan keluhan. Terlalu banyak soalan yang dia sendiri tak begitu
pasti jawapannya. Berusaha dan berserahlah pada Allah. Hidup, mati, jodoh dan
pertemuan bukanlah di tangan manusia. Sebagai ibu bapa, mereka cuma berusaha
untuk memberikan yang terbaik sahaja!
***
Hatinya
sedikit keberatan untuk mengikuti mummy dan papanya. Setelah dikerah dan
dipaksa, akhirnya Erna mengagahkan diri untuk ke rumah jiran mereka yang tidak
berapa jauh dari rumah mereka.
“Cuba
senyum sikit Erna... Kita bukan nak pergi majlis orang meninggal.” Tegur Datin
Zabedah tak puas hati. Dia tahu yang Erna terpaksa. Tapi kalau tak dipaksa,
pasti Erna akan terus berkeras untuk tinggal di rumah. Macam manalah otak nak
berkembang?
Erna
tersenyum apabila mendengar si mummy mula memerli. Mungkin dia perlu keluar
dari kepompong dunianya sendiri. “Yalah... Erna senyum... Tak boleh senyum
lebih-lebih, kalau orang jatuh hati kang susah pulak mummy dengan papa.”
Datin
Zabedah dan Datuk Emran mula berpandangan sesama sendiri apabila mendengar
gurauan dari anaknya itu. Dah lama Erna tak ramah dan periang seperti ini.
Mungkin Allah hendak membuka hati Erna yang sudah lama tertutup dan terkunci
itu.
“Ish..
kalau ramai yang jatuh hati, senang sikit mummy dengan papa buat pemilihan..
Tak gitu bang?” Sambut Datin Zabedah sambil menepuk sedikit bahu suaminya yang
sedang memandu.
“Yup...
boleh buat proses mencari calon menantu!”
“Ada-ada
jelah mummy dengan papa nih...” Erna mula ketandusan idea untuk membalas kata.
Silap hari bulan, kata-katanya bakal meragut nyawa sendiri. Sebenarnya selepas
berbalah dengan mummynya tempoh hari, rasa bersalah mula berkampung di dalam
jiwa. Sempat juga dia berkongsi rasa dengan Puan Suraya. Mama Rifqi!
“Jangan
cakap mummy dengan papa Erna, mama pun tak mahu kalau Erna terus macam ni...
Rifqi dah pergi. Tapi Erna yang hidup kena teruskan hidup. Perjalanan hidup
Erna masih jauh... Erna pun kena bina hidup Erna sendiri. Kesian mama tengok
mummy dan papa. Dia orang nak sangat tengok anak dia orang bahagia. Mama pun
nak tengok Erna bahagia... Berkahwin dan ada keluarga sendiri.” Pujuk Puan
Suraya perlahan sambil menggosok bahu Erna Farzana.
“Tapi
Erna takut... Takut kalau Erna hampakan suami Erna.. Cinta Erna masih berbaki
pada Rifqi.” Dia pernah terluka jadi dia tidak mahu melukakan hati orang lain.
“Yang
patah pasti akan tumbuh semula. Yang hilang pasti akan berganti. Yang mula itu
tetap ada akhirnya.... tapi pengakhiran sebuah cerita adalah pemulaan bagi
cerita yang baru. Rasa sayang itu selayaknya milik seoang suami yang sah di
samping kita. Yang halal di sisi agama. Cintailah seorang lelaki yang bernama
suami Erna... Bukan pada lelaki yang bukan dijadikan untuk Erna.” Nasihat Puan
Suraya lembut.
‘I
can’t say that I’m really happy.. I can’t say that I’m totally fine.. But I
know how to be strong and I know to hold my head up high and walk away and move
on. Thanks for the memories…’ Erna tarik nafas panjang. Kenangan itu bukanlah
subjek untuk mendera emosi. Kenangan adalah kekuatan untuk menempuh masa depan.
Kerana setiap manusia itu dewasa melalui kenangan yang pernah ditempuhi.
Cinta
itu adalah subjek yang boleh dipelajari. Terpulang pada pelajarnya sama ada
ingin belajar sampai pandai ataupun memandai-mandai dalam pelajaran. Setelah
melakukan istiharah semalam, hati Erna kembali tenang. Mungkin inilah kedamaian
yang ingin dicari. Dia memang menyintai Rifqi namun mungkin caranya tak kena.
Dia bukannya isteri Rifqi yang perlu bernaung di panji tangisan yang rawan. Dia masih punya ibu bapa yang perlu
dibahagiakan. Itu adalah tanggungjawab seorang anak.
Sesampainya
di rumah Erfan, Datuk Emran terus mengarahkan anak dan isterinya untuk masuk ke
ruang tamu kedua manakala dia terus masuk ke ruang tamu utama untuk bacaan
tahlil.
“Eh
Delia, ini rumah kamu ke?” Tanya Datin Zabedah sedikit terkejut apabila
terpandangkan Adelia yang duduk di tepi ini sambil sedang memangku seorang bayi
kecil. Matanya sempat menangkap gambar
yang menjadi perhiasan di dinding rumah.
“Aah
datin.. Bila datin sampai?” Tegur Adelia apabila terpandangkan Datin Zabedah
yang memang dikenalinya itu. Datin Zabedah sering mengadakan kelas-kelas
menjahit ataupun sulaman tangan untuk ibu-ibu tunggal. Lagipula suaminya memang
mempunyai beberapa projek bersama Datuk Emran.
“Lah
Delialah kakak si Erfan tu ya? Erfan ada jemput datuk datang ke sini.. Itu yang
kami anak beranak datang ni. Ni anak akak.. Erna...”
Erna
tersenyum dan mula mengambil tempat di sebelah seorang perempuan yang
sedang berbual dengan mummy itu. Tangan
Erna tidak dapat ditahan dari mengusap lembut kepala si kecil yang mempunyai
rambut yang nipis itu. Lena sungguh baby itu tidur.
“Berapa
bulan ni kak?” Erna memang sangat sukakan kanak-kanak. Jadi tidak hairan kalau
dia macam lupa diri bila melihat baby kecil ini.
“Baru
nak masuk dua bulan...” Jawab Adelia sambil ikut turut mengusap kepala Emir.
“Comelnya
anak akak...”
“Eh,
dia bukan anak akak.. Anak akak paling kecik pun dah tiga tahun.. Ini anak
saudara akak.” Datin Zabedah ralit melihat Erna yang nampak tertarik untuk
memegang si kecil. Jadi inilah anak Erfan yang sudah kematian isteri itu.
Kasihan, kecil-kecil lagu sudah kehilangan kasih seorang ibu.
“Ini
anak Erfan ya?”
“Haah
kak..”
“Patutlah
akak pelik. Rasanya masa jumpa kamu dua bulan lepas, tak nampak pulak kamu
tengah mengandung.”
“Kak,
boleh tak Erna nak pegang baby ni?” Pinta Erna teruja.
“Eh
boleh...” Adelia mula menghulurkan Emir pada tangan Erna. Penuh berhati-hati
Erna melakukannya. Dicium raut wajah baby itu. Hatinya mula jatuh sayang. Bila
pegang anak orang, mulalah rasa seperti hendak memegang bayi sendiri.
“Hah,
dah ada bakat nak jadi ibu ni..” Seloroh Adelia sambil ketawa sedikit.
“Memang
dah boleh kahwin pun Erna ni...” Erna menjeling ibunya sedikit tatkala
mendengar suara Datin Zabedah. Nak mula lagilah tuh!
“Tapi
kesian... Kecik-kecik lagi dah hilang emak.” Pancing Datin Zabedah sengaja. Dia
hendak melihat reaksi dari Erna sendiri. Apa agaknya respon anaknya setelah
mengetahui yang bayi itu sudah tidak memliki ibu lagi.
“Kenapa?
Mana mak baby ni?”
“Mak
Emir dah meningal waktu melahirkan Emir..” Jelas Adelia perlahan. Takut kalau
Erfan mendengar dan mula berfikir yang dia hendak menjaja cerita sedih adiknya
itu.
“Kesiannya...”
Kalau tadi dia jatuh sayang, kali ini rasa simpati mula menerpa di jendela
hati. Lantas dicium anak kecil itu dengan penuh kasih sayang.
“Eh,
bacaan tahlil dah nak habis tu... Akak nak pergi tengok hidangan dekat depan
tu. Takut ada yang tak cukup. Erna tolong pegangkan Emir ya?” Pinta Adelia
sambil mula bangun. Naik kebas pula kakinya kerana memangku Emir tadi.
“Eh,
mummy pun nak tolong Kak Delia. Erna tunggu dekat sini ya..” Datin Zabedah dan
Adelia mula meninggalkan Erna dengan Emir.
Mata
Erna merenung wajah si kecil yang putih menggebu itu. Tangannya merayap di
sekitar wajah Emir. Hidungnya mancung! Bulu matanya lentik mengalahkan Erna
sendiri. Bibirnya kecil sahaja. Arghh, tiba-tiba rasa hendak memiliki cahaya
mata sendiri. Tangannya terus menepuk-nepuk peha si kecil. Moga tidur lenanya
tidak terganggu.
Dari
kejauhan, Erfan mula memerhatikan gadis yang sedang memangku anaknya itu. Emir
kelihatan selesa di pangkuan gadis itu. Tak banyak meragam seperti kebiasaanya.
“Cik...
Cik pergilah makan... Emir boleh bagi pada saya.” Erfan terpanggil untuk menegur.
Dia tak seharusnya menyusahkan gadis itu. Namun apabila Erna berpaling ke
belakang, mata Erfan yang sedikit mengecil itu mula membulat sedikit. Melihat
kecantikan seorang gadis yang sukar untuk digambarkan dengan kata-kata.
“Eh
tak apalah. Bukan menyusahkan pun. Lagipun saya tak lapar lagi.”
Erna merenung sekilas lelaki yang
sedang berdiri itu. Agak segak dengan baju melayu cekak musang sambil kepalanya
diselitkan dengan songkok. Adakah lelaki ini bapa kepada bayi yang berada di
pangkuannya ini?
“Ini anak encik ke?” Tanya Erna
berani apabila lelaki itu bertindak untuk tidak terus berganjak. Mungkin takut
Emir dilarikan ataupun tidak percaya dengan kemampuan gadis sepertinya.
“Haah... Tak payahlah berencik
sangat. Panggil Erfan cukup.”
“Oh.. saya Erna. Saya anak pak
cik Emran.” Erna sendiri kurang pasti sama ada lelaki ini mengenali ayahnya
ataupun tidak.
“Oh... anak Datuk Emran ke?”
Seketika mereka mula dikuasai
dengan suasana canggung sebelum Emir mengeliat dan mula merengek.
“Maybe Emir lapar.” Teka Erna
kurang pasti. Dia pun bukannya pandai dalam menjaga anak sekecil ini.
“Oh... saya ambilkan susu dia.”
Erfan mula hilang dari pandangan sebelum muncul bersama sebotol susu yang baru
dibancuh. Botol susu itu mula diberikan kepada Erna. Mudah bagi gadis itu
menyuakan ke anaknya.
Berulang kali Erna menyumbatkan
puting susu di mulut Emir namun lidah Emir laju sahaja membuang puting susu
itu. Malah tangisan nyaring mula menghentam ruang pendengaran. Membuatkan Erna
kalut seketika.
“Bagi Emir pada saya...” Arah
Erfan sedikit risau. Melihatkan penerimaan Emir, Erfan mula mengeluh.
“Sebenarnya Emir memang tak suka
susu botol... Macam-macam cara nak bagi dia minum. Guna sudulah.... Guna
penyuntik ubatlah.. Tapi setiap kali menyusu, mesti Emir menangis. Tapi nak tak
nak kena paksa juga. Ialah, tak kan nak biarkan Emir kelaparan pulak.” Cerita
Erfan penuh risau. Sedaya upaya dia Cuma menyusukan Emir namun anak kecil itu
tetap menolak.
“Awak tak cuba cari ibu susuan
untuk Emir?” Soalan itu mula terpancul dari mulut Erna. Dia sebagai orang luar
ikut turut cuak dan kesian. Inikan pula Erfan yang seperti sudah kematian idea
untuk menyusukan Emir.
“Saya memang nak cari ibu
susuan... Kalau awak ada kenal dengan mana-mana perempuan yang boleh menyusukan
Emir, boleh tak awak beritahu saya.” Air wajah Erfan penuh mengharap.
Dia tidak berdaya lagi melihat
keadaan Emir yang menangis setiap kali hendak menyusu. Dia memang tidak punya
mana-mana saudara perempuan yang boleh menyusukan Emir. Kakaknya Adelia juga
sudah tidak menyusukan anaknya.
Lama Erna merenung wajah Emir.
Bersilih ganti pula dengan wajah Erfan. Hatinya jatuh simpati bertubi-tubi.
Dalam pada masa yang sama, dia kagum dengan semangat Erfan. Walaupun telah
kehilangan isteri namun dia nampak cekal untuk kuat demi anak tersayang.
‘Aku pulak... aku bukan isteri
Rifqi. Tapi aku telah memperlakukan diri seperti janda Rifqi. Betapa kerdilnya
diri aku jika hendak dibandingkan dengan Erfan!’
Tiba-tiba dia teringatkan rakan
sepejabatnya yang telah mengambil anak angkat. Untuk memudahkan hubungan meraka
pada masa akan datang tentang isu aurat, Nadia telah mengambil suntikan dan pil
hormon untuk menyusukan anak angkatnya.
Mungkin dia boleh melakukan
perkara tersebut jadi dia akan dapat menyusukan Emir! Entah kenapa, melihat
anak kecil itu umpama memberi semangat baru buat Erna.
***
Pandangan
mata mula ditekur ke lantai. Bimbang melihat reaksi daripada papanya.
“Erna
pasti dengan apa yang Erna nak lakukan? Erna tahu kan yang perbuatan Erna ni
mendatangkan risiko pada kesihatan Erna sendiri?” Datuk Emran mula pening
kepala. Lain yang hendak dirancang, lain pulak yang menjadi.
Memang
dia merancang untuk menemukan Erna dan Erfan. Tapi tidak disangka yang Erna
sanggup mengambil pil hormon untuk membolehkan dia menyusui Emir.
“Erna
pasti papa.... Erna dah check dengan doktor pakar.” Jawab Erna pasti. Dia tidak
pernah seyakin ini. Lagipun apa yang dia lakukan adalah dibawah seliaan seorang
pakar sakit puan yang terkenal di Kuantan Medical Centre.
“Tapi
Erna tahu kan... pil hormon tu tak semestinya akan membuatkan Erna boleh
menyusukan Emir. Ada kebarangkalian jugak yang Emir tak nak terima susu dari
Erna. Banyak kemungkinan boleh berlaku nak...” Si mummy pun ikut turut risau.
Dia bimbang jika tahap kesihatan Erna terjejas.
“Ya
mummy... Macam-macam kemungkinan boleh berlaku. Tapi kalau kita tak usaha dulu,
kita tak akan mampu nak tahu tahap kemampuan kita paras mana kan. Erna nak
minta izin mummy dan papa untuk jadikan Emir sebagai anak susuan Erna.” Kali
ini dia benar-benar mengharapkan belas ehsan dari kedua ibu bapanya. Besar
harapannya untuk menyusukan Emir.
“Kenapa?
Kenapa tiba-tiba Erna nak menyusukan Emir?” Datuk Emran terpanggil untuk
bertanya. Adakah kerana Erna sudah tangkap kasih pada Erfan ataupun simpatinya
jatuh pada si anak?
“Sebab
Emir macam memberi harapan yang baru pada Erna! Melihat senyuman Emir
membuatkan Erna bersemangat papa...” Pujuk Erna lagi. Matanya berkaca-kaca.
Benar-benar berharap agar mummy dan papanya akan memakbulkan permintaannya ini.
Datin
Zabedah dan Datuk Emran mula berpandangan sesama sendiri. Kalau semalam mereka
pening kepala, hari ini mereka boleh terkena barah otak!
“Baiklah...
papa setuju.”
“Yeahhh...”
Erna terus meloncat kegembiraan. Membuatkan mummy dan papanya terkejut sendiri.
Bagaikan Allah telah memulangkan kembali perangai anaknya yang dahulu. Yang
gila-gila.. Yang periang dan yang suka memujuk sampai kehendakknya tercapai.
“Tapi
dengan satu syarat!” Suara tegas bapanya itu membuatkan senyuman Erna hilang
serta merta. Datin Zabedah juga ikut turut terpinga-pinga. Syarat apa pula yang
hendak dikenakan oleh suaminya?
“Syarat?
Apa pun syaratnya, Erna akan terima papa...” Tekad Erna pasti.
Datuk
Emran tarik nafas panjang.
“Dengan
syarat Erna kena jadi isteri Erfan!” Dengan sekali nafas, ayat itu keluar dari
mulut Datuk Emran.
“Hah!”
Datin
Zabedah terpempam manakala Erna tergamam!
***
Erfan
terus terjaga apabila telinannya menampan tangisan milik Emir. Serasanya, baru
sekejap dia melelapkan mata. Tiba-tiba tidurnya diganggu lagi. Ketukan di pintu
membuatkan Erfan menukar haluan. Terjenggul wajah Adelia yang penuh kerisauan.
“Dah
tahap kritikal dah Emir ni Erfan....” Komen Adelia sambil mendukung si kecil.
Kasihan pada Emir yang langsung tidak mahu menerima susu botol.
“Habis
tu akak nak saya buat apa? Otak saya ni pun dah sesak nak fikir benda ni.”
Punggungnya jatuh di birai katil. Kepalanya yang tak pening tiba-tiba rasa
berdenyut-denyut.
Memang sangat mencabar menjaga
bayi seperti Emir. Memerlukan kesabaran yang tinggi disamping mental dan emposi
yang kukuh. Silap hari bulan bersepai semua sekali jika tiap-tiap hari tidurnya
tak pernah cukup dan makannya tak pernah kenyang bila memikirkan tentang Emir.
“Dulu
akak dah nasihat kan... Inilah harga yang perlu dibayar untuk seorang bapa.
Nampak mudah tapi benda ni bukan senang.” Bukan niat Adelia untuk membebankan
si adik. Tapi berang kerana Erfan langsung tidak mengendahkan nasihatnya
dahulu. Buat keputusan ikut dan sendiri. Sekarang mulalah pening kepala nak
selesaikan masalah.
“Benda
ni tak akan jadi masalah kalau Emir nak menyusu botol kak...” Keluh Erfan
bengang. Tak suka jika kakaknya ingin menyalahkan dirinya pula.
“Dah
nama pun masalah Erfan. Masalah ada sesuatu yang kita tak duga dan kita tak
boleh nak jangka! Akak dah cakap yang bela budak kecil ni memerlukan kesabaran.
Dan ada banyak risiko yang perlu Erfan tanggung. Nak atau tak nak, Efran kena
hadap jugak!”
Adelia
sedaya upaya menghentikan tangisan si kecil. Kesian pada Erfan jatuh
bertimpa-timpa. Dia tahu, bukan kehendak Erfan untuk menggalas tugas seberat
ini. Lelaki itu juga terbeban dengan amanah yang ditinggalkan.
“Nak
buat macam mana lagi ni kak?” Tanya Erfan risau apabila Emir tak henti-henti
menangis. Anak kecil itu menangis kerana kelaparan. Jika Emir kenyang, pasti
dia akan lena dibuai mimpi.
“Nak
tak nak kena paksa dia minum susu jugak. Ambilkan akak sudu plastik tu.” Arah
Adelia tegas. Badan Emir mula dibaringkan di atas katil. Susu yang dibancuh
mula disua ke mulut Emir menggunakan sudu. Hanya ini sahaja caranya untuk
membuatkan susu tersebut masuk ke dalam mulu Emir yang menganga ketika
menangis.
Namun
besar risikonya. Emir berdepan dengan situasi tersedak apabila susu itu
tiba-tiba masuk ke dalam mulut. Hampir menitis air mata Adelia. Dia yang
mempunyai empat orang anak pun tidak pernah melalui keperitan seperti ini.
Radeya, Raid, Rais dan Raihana boleh menyusu melalui susu badan dan botol.
Mungkin ini adalah dugaan buat adiknya itu.
Hampir
dua puluh minit berdepan dengan tangisan Emir, Adelia mula mendukung si kecil
itu. Ditepuk lembut belakang badan Emir. Dia hendak memastikan yang Emir sudah
sendawa dan susu yang masuk ke dalam perut Emir tidak keluar melalui muntah.
Alhamdulilah, habis juga sebotol susu walaupun terpaksa diberikan melalui
paksaan.
Akhirnya
Emir kembali terlena sendiri. Mungkin perut yang kenyang dan penat menangis
membuatkan Emir cepat terlena.
“Sabarlah
dik... Ini dugaan. Allah uji itu pasti ada hikmahnya.” Pujuk Adelia sambil
meletakkan Emir kembali di dalam baby cot.
“Sebenarnya....”
Erfan masih berkira-kira sendiri. Adakah perlu untuk dia berterus terang pada
kakaknya.
“Sebenarnya
apa?”
“Datuk
Emran... Dia berkenan nak buat Erfan menantu.” Berkerut-kerut dahi kakaknya
menyambut kata-katanya itu. Mungkin agak keliru bila si lelaki dipinang untuk
menjadi menantu buat anak perempuannya.
“Untuk
siapa? Untuk Erna?”
Erfan
menganggukkan kepalanya perlahan. Dia sendiri masih bingung. Dengan keadaan
Emir lagi. Dengan pinangan dari Datuk Emran lagi. Terasa kelakar pula bila diri
dipinang. Kalau tak kena batang hidung sendiri, bukan dia rasa yang cerita
sebegini tak logik.
Dia
baru sahaja beberapa kali bertemu dengan Erna. Tak nampak pulak yang Erna
seperti sukakan dirinya melainkan gadis itu begitu cenderung melahirkan kasih
buat Emir. Tapi tak tahulah kalau itu salah satu taktik untuk mengurat bapa
Emir.
“Erna
tu budak baik... Akak suka kalau dia jadi ibu untuk Emir. Lagipun Emir memang
perlukan seorang ibu untuk menjaga dia. Sekarang mungkin akak boleh tengokkan
Emir, tapi nanti kalau kamu pindah rumah kamu sendiri, tak ke pening nak layan
karenah Emir.” Adelia melontarkan pandangan sebagai seorang kakak.
“Tapi
kami tak mengenali antara satu sama lain kak....Lagipun Erfan tak cintakan
dia.” Protes Erfan perlahan.
Terletus
tawa halus dari mulut Adelia. Kepalanya digeleng beberapa kali. “Dulu Erfan
terlalu cintakan Sahila... Tapi akhirnya cinta itu jugak yang memusnahkan kamu.
Tak kenal tak apa. Belajar kenal lepas kahwin. Masa tu kamu akan kenal sisi
seorang gadis yang jujur. Bukan lagi watak kepura-puraan untuk mengaburi mata
hati. Sebab bila berkahwin, baru kamu kenal pasangan kamu Erfan. Sebab
perkahwinan menuntut tanggungjawab manakala percintaan dikaburi dengan hiburan
semata-mata. Sebab tu orang yang couple berpuluh tahun pun boleh bercerai bila
dia orang berkahwin. Jadi tak pelik kalau dua orang yang tidak mengenali antara
satu sama lain mampu untuk bahagia hingga ke akhirnya.”
Panjang
nasihat dari si kakak. Dia terlebih dahulu makan garam. Dia kenal Rafie pun tak
lama. Tup-tup lelaki itu mengajaknya berkahwin walaupun usianya baru mencecah
dua puluh tahun. Perkahwinanlah yang mendewasakan mereka. Rumah tangganya
sendiri hampir goyang bila dikaburi dengan rasa sakit hati dan sikap
mementingkan diri sendiri. Tapi alhamdulilah, yang keruh itu pasti akan jernih
kembali andai betul cara penyelesaiannya.
“Tapi...”
Erfan ingin membidas lagi namun cepat-cepat dipangkah oleh Adelia.
“Pokok
pangkalnya hati dik... Hati tu sering mencari alasan bila fikiran membentangkan
kebenaran. Macam tu jugak antara kamu dan Sahila dulu... Akak tak ada sebarang
paksaan. Akak terima je keputusan kamu tu.”
Perlahan-lahan
Adelia mula meninggalkan adiknya yang masih terfikir-fikir sendiri itu. Siapa
yang tak takut bila membicarakan tentang masa depan. Namun ketakutan yang
berlebihan sendiri mampu membunuh masa depan.
***
Erfan
memperlahankan langkah kaki apabila terpandangkan susuk tubuh yang dia kenali
itu. Apa gadis itu buat di kawasan perkuburan ini? Tanpa berfikir panjang,
Erfan mula merapati Erna yang sedang menjirus air ke tanah perkuburan.
“Assalamualaikum...”
Salam
yang dihulur mula dijawab perlahan sambil lehernya berpaling ke belakang.
Mencari arah suara itu.
“Buat
apa dekat sini?” Tanya Erna sambil menutup sedikit kegugupan diri. Tempoh hari,
papanya telah bercerita yang dia telah menyampaikan hajat untuk menjadikan
Erfan sebagai menantu. Cuma keputusan lelaki itu sahaja yang belum dia ketahui.
“Saya
melawat kubur mak saya... Awak pulak? Awak melawat kubur siapa?” Kening Erfan
diangkat sedikit. Malah matanya mula menangkap nama seorang lelaki yang tertera
di batu nisan.
“Kubur
kawan saya...” Jawab Erna perlahan.
“Kawan
ke kekasih?” Tebak Erfan ingin tahu. Padanlah Erfan dapat mengecam sesuatu yang
aneh pada air muka Erna yang nampak sedang menangung duka itu. Rupanya si gadis
telah menyimpan kisah tragis juga. Sama seperti dirinya.
“Erk....”
Erna kematian kata-kata. Apa motif lelaki ini sebenarnya? Ingin mencungkil
rahsia ataupun hendak menghentam dirinya?
“Mungkin
dia seseorang yang sangat istimewa dalam hati awak kan...” Terjah Erfan lagi.
“Saya
balik dulu..” Tak gemar rasanya untuk berkongsi sejarah yang lepas bersama
Erfan. Lelaki ini memang nampak sedikit mesra dengan layanannya itu namun Erna
memang tak senang ingin membicarakan topik Rifqi dengan sesiapa pun.
“Kalau
awak tak keberatan, saya nak cakap dengan awak sekejap...” Mereka sudah terlalu
dewasa untuk melarikan diri dari masalah. Mungkin ada eloknya jika mereka
berdua duduk berbincang dengan sebaiknya.
Dengan
berat hati, terpaksa juga Erna terima. Mereka memutuskan untuk ke pangkin depan
yang disediakan di kawasan tanah perkuburan ini. Kawasan itu jugak agak lapang
dan mudah dilihat. Tidaklah nanti dituduh hendak berkhalwat pula.
“Awak
sedia maklum kan yang papa awak nak jadikan saya menantu dia.” Okay, ayat yang
keluar dari mulut Erfan sekarang memang terasa begitu skema. Macamlah hendak
mengarang ayat untuk karangan
peperiksaan SPM.
Erna
mengangguk perlahan.
“Awak
boleh terima ke? Saya ni duda?” Uji Erfan sambil mengerling ke arah Erna.
Kenapa gadis ini seakan-akan sedang mengusik jiwanya! Kenapa Erfan dapat merasa
yang hatinya seolah-olah bersetuju untuk perkahwinan ini.
“Saya
redha dengan sesiapa pun yang dijodohkan dengan saya.” Erna pilih jawapan
selamat. Dia bimbang jika Erfan terasa hati bila dia menyatakan yang dia
bersetuju dengan perkahwinan ini hanya semata-mata kerana Emir. Kerana anak
kecil yang baru hendak mengenal dunia itu.
“Peliklah...
Awak ni cantik... ada kerjaya sendiri. Tapi awak sanggup untuk terima duda macam
saya. Saya masih diserang ragu-ragu! Apatah lagi kita kenal tak sampai pun
sebulan...” Efran tak puas hati. Ada yang tak kena dengan Erna. Dia dah serik
jadi watak utama dalam permainan perempuan. Jadi sebab itu dia pelik jika Erna
bersetuju.
Erna
tersenyum sedikit. “Kalau jodoh itu melalui kecantikan, kenapa ramai artis yang
cantik-cantik tu boleh bercerai? Ramai je gadis cantik yang terdera emosi dan
fizikal mereka. Kecantikan bukanlah jaminan kebahagian pun.. Macam tu jugak
dengan jodoh. Sejujurnya, saya terima awak sebab Emir.... Sebab saya dah jatuh
sayang pada Emir... Saya nak jadi ibu susuan dia. Itulah punca utama kenapa
saya bersetuju dengan perkahwinan ini.”
Jawapan
jujur yang diberikan oleh Erna itu membuatkan Erfan tercengang. Jadi kerana
Emir!
“Jadi
sebab tu awak nak kahwin dengan saya? Hanya kerana Emir?” Soal Erfan sedikit
beremosi.
“Yup...”
“Jadi
awak nak kita kahwin kontrak? Habis je tempoh susuan awak, kita akan bercerai?
Macam tu ke?”
Soalan
Erfan itu membuatkan Erna tersentak! Dia langsung tidak memaksudkan seperti
itu.
“Awak
jangan salah faham...”
“Habis
tu, sila buat saya faham!” Erfan mula bangun. Duduk hanya membuatkan dia panas
punggung.
Erna
tarik nafas dalam-dalam. Akal fikirannya mula merangka dan menyusun ayat. “Memang
saya nak kahwin dengan awak sebab Emir. Tapi itu tak bermakna saya tak menerima
awak sebagai seorang suami. Kita kena ambil masa untuk mengenal antara satu
sama lain. Lagipun awak baru sahaja kehilangan isteri kan.... Saya tak paksa
awak untuk sayang saya. Saya tahu bagaimana pedihnya kehilangan seseorang yang
kita sayang....”
“Jadi
betullah yang meninggal tadi tu kekasih awak?” Tanya Efran laju sambil
menghunus mata Erna dengan pandangan yang tajam. Membuatkan liur yang ditelan
oleh Erna terasa kesat.
***
Bangkitlah
dari kesedihan, karena kesedihan adalah proses yang harus dilalui untuk menuju
kebahagiaan. Bahagia bukan bererti segalanya sempurna. Bahagia adalah ketika
kamu memutuskan untuk melihat segala sesuatu secara sempurna.
Di
sepertiga malam ini, Erna bangun untuk sujud kepada Yang Maha Esa. Usai
melakukan solat sunat taubat dan solat hajat, Erna terus menjatuhkan kepalanya
untuk sujud pada Allah melalui solat sunat istiharah. Dia perlukan pertunjuk
dan setiap pertunjuk itu ada pada jalan orang yang mencarinya.
“Ya Allah! Aku mohon pemilihanMu menerusi pengetahuanMu dan aku mohon
kekuatanMu menerusi kudratMu serta aku minta padaMu sebahagian dari limpah
kurniaMu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku
tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan
sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib.
Ya
Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagiku dalam
urusan agamaku juga dalam urusan penghidupanku serta natijah pada urusanku,
kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagiku dan permudahkanlah ia
untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa
perkara ini membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan
penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia
dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian
jadikanlah daku meredhainya.”
Sebenarnya
amalan Solat Sunat Istikharah ini skopnya lebih luas. Kita kadang-kadang tidak
diberikan peringatan dalam soal ini. Sedangkan amalan Solat Istikharah ini
sangat-sangat digalakkan oleh Rasulullah sebagaimana disebut dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari;
Mahfum Hadis: Dari Jabir ra., ia berkata: “Nabi pernah mengajarkan kepada kami Istikharah dalam berbagai
urusan, seperti mengajarkan sebuah surah dalam Al Quran. Kalau seseorang dari
kamu menghendaki sesuatu, maka hendaklah ia solat dua rakaat
Erna
mengharapkan pertunjuk dari Yang Maha Kuasa. Dia tahu yang tidak semestinya
Allah akan memakbulkan permintaannya. Tapi dia sebagai hamba tidak akan pernah
berhenti meminta.
Tangannya
mula mencapai diari hijau yang memang sentiasa berada disampingnya. Diselak
helaian demi helaian. Mengulang baca ayat yang ditulis oleh Rifqi.
“Rifqi…
betul ke tindakan aku untuk menerima Efran? Antara aku dan dia, hanya ada
Emir... bukannya cinta.”
“Kalau
Emir mampu untuk menarik perhatian kau, tak mustahil Erfan juga mampu melakukan
perkara yang sama kan?” Tiba-tiba
terdengar bisikan halus di peluput telinga Erna.
Erna
sendiri keliru sama ada itu kata hatinya yang menggila ataupun bisikan kata
daripada Rifqi. Dia sedar yang dia tidak
seharusnya membiarkan perasaan memimpin akal fikiran. Matanya kembali kabur
tatkala akal fikiran sudah berselirat mencari kata kunci untuk kebahagian hari
esok. Lalu dipejam rapat matanya sambil memeluk erat diari Rifqi. InsyaAllah
ada jalan kemudahan pada hari esok. Siapa tahu?
***
Anak
kecil yang sedang nyenyak itu dipandang tanpa perasaan. Setelah puas berperang
untuk memberinya susu, akhinnya dia kembali terlena. Ingatannya mula terjatuh
pada insiden petang tadi. Pertemuanya bersama Erna. Gadis itu memang nampak
lembut dan jinak, tapi jiwanya tetap nampak liat.
“Maaf...
Saya tak berminat nak cerita perkara yang sudah berlalu. Siapa pun dia disisi
saya pada waktu yang lepas tak akan mengubah apa-apa antara kita.” Jawab Erna
setelah diam menyambut soalan Erfan.
“Macam
mana kita nak berkongsi masa depan yang sama kalau awak sendiri kedekut nak
berkongsi kisah silam awak?” Terkam Erfan tidak berpuas hati.
“Rasa
sakit yang saya alami... Tak perlu dikongsi dengan sesiapa pun.” Tegas Erna
geram. Apa tujuan Erfan mengertaknya sebegini rupa. Adakah hendak menguji
ataupun hendak membuat kesimpulan sendiri?
“Awak
silap... Kalau seseorang itu tak mampu untuk berkongsi kisah sedih awak, orang
itu tak layak untuk berkongsi kebahagian bersama awak.”
Kata-katanya
bukan omongan kosong. Erfan sendiri bercakap menggunakan pengalaman. Kalau
dahulu, cinta didefinasikan sebagai perasaan yang perlu berdikari. Tak semua
benda boleh dikongsikan bersama dengan pasangan. Ambil sikap bila perlu sahaja.
Tapi semua itu tak membuahkan hasil. Mereka mula sedar yang mereka mempunyai
dua sisi yang berbeza. Cinta yang sepatutnya menyatukan mereka, telah
menjauhkan hubungan mereka sendiri.
“Saya
nak balik...” Erna sudah ketandusan idea untuk membalas kata. Kadang-kadang dia
rasa Erfan okay. Dari sudut yang lain, dia dapat rasa yang Erfan sedikit
mendesak dengan soalan yang bertalu-talu. Bukankah Erfan sendiri pernah merasa
kehilangan, seharusnya Erfan mengetahui selok belok perasaaannya tika ini.
“Erna....”
“Sebagaimana
saya tak memaksa awak untuk bercerita tentang arwah isteri awak, macam tu jugak
saya berharap yang awak tak paksa saya untuk geledah sejarah silam saya. Masa
silam saya adalah milik saya dan tak berhak untuk dikongsikan dengan sesiapa
pun!”
Jawapan
Erna mengundang rasa tegang dalam diri Erfan Wanita ini seakan-akan cuba
mencabar kesabarannya.
“Kalau
awak terlalu sayangkan dia, macam mana awak nak menempuh hidup dengan saya?”
Erna
memandang Erfan sinis. “Awak bercakap seolah-olah awak langsung tak sayangkan
arwah isteri awak!”
Tembakan
Erna berjaya membuatkan Erfan terdiam. Lantas perlahan-lahan Erna mula
meninggalkan Erfan.
“Emir...
apa yang perlu ayah buat sekarang?” Sungguh Erfan keliru. Setelah apa yang
berlaku, rasa percaya dia pada seorang wanita makin melupus. Jika Erna sendiri
menampakkan tanda-tanda yang gadis itu mempunyai sejarah cinta yang begitu
abadi, bagaimana gadis itu akan mampu menerima dirinya.
Jika
tidak menerima Erna, dia bimbangkan keadaan Emir. Sampai bila dia perlu
berhadapan dengan tangisan Emir bila saban waktu Emir hendak menyusu. Sebulan
dua ini memang dia masih mampu, tapi andai kata perkara ini berlarutan, bimbang
nanti melayang pulak badan Emir.
“Apa
yang kamu keluhkan sangat tu?” Tegur Adelia sambil menghulurkan minuman buat si
adik. Muka memang nampak sangat berserabut!
“Pasal
Erna?”
“Dia
cintakan orang lain....”
“Oh...
Jadi dia tak terima untuk berkahwin dengan kamu?” Tebak Adelia lagi sambil
mengambil tempat di sisi adiknya.
“Orang
yang dia cinta tu dah meninggal.” Jelas Erfan lagi.
“Jadi?”
Adelia mula naik hairan. Apa yang nak dirisaukan. Orang tu dah pun meninggal, jadi
apa yang membelenggu fikiran adiknya itu.
“Jadi
mampu ke dia cintakan saya nanti. Saya tak nak pisang berbuah dua kali kak...”
Keluh Erfan sambil meletakkan mug yang dipegang. Tekaknya langsung tak lalu
untuk minum atau makan.
Adelia
ketawa. Rasa kelakar bila seorang lelaki yang biasanya berfikiran mudah dan
singkat mula mengambil kira perkara remeh seperti ini.
“Kenapa
akak ketawa? Tak kelakarlah!” Erfan mula dijenggah rasa sakit hati. Orang
serius, dia boleh ketawa pulak!
“Cara
kamu bercakap tu macamlah kamu cintakan dia sangat-sangat!” Seloroh Adelia
sengaja. Dia faham perasaan adiknya. Lelaki itu pernah terluka jadi dia tidak
mahu terluka lagi.
Kata-kata Adelia
membuatkan Erfan tergamam. ‘Kenapa ya? Kenapa aku rasa risau sangat? Ke memang betul
yang aku cintakan dia? Sewaktu aku melihat senyum simpul di bibirnya, terasa
hilang semua duka lara yang hinggap pada diriku. Sampai aku akhirnya ikut turut
tersenyum. Tapi adakah ini digelar cinta?’ Dah sudah...
“Erfan....Jangan terus ditangisi dia yang telah
pergi demi orang lain. Erna hadir untuk menghampiri hidup Erfan. Untuk
membuatkan Erfan sedar bahawa yang terbaik sedang menanti Erfan. Hati yang
tulus menyintai tak kan lelah untuk bertahan. Tak akan menyerah untuk berjuang.
Kerana dia percaya bahagia pasti telah ditentukan kepada dirinya. Erfan dan
Erna sama-sama mempunyai masa silam. Mungkin yang membezakan hanya sejarah masa
silam itu berlaku. Beri peluang untuk diri masing-masing bahagia. Akak memang
berkenan sangat dengan Erna tu. Akak rasa dia lebih dari mampu untuk jadi ibu
yang baik untuk Emir dan isteri yang baik untuk Erfan.”
Erfan
sering mengamalkan surah yasin ayat yang ke tiga puluh enam. Doa untuk memohon
jodoh yang baik. Elok jika diamalkan selalu.
"Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan
makhluk-makhluk semuanya berpasangan; sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi,
atau dari diri mereka, ataupun dari apa yang mereka tidak
mengetahuinya".Surah Yasin ayat ke -36.
Nasihat dari Adelia tadi memang
banyak benarnya. Perlahan-lahan Erfan mula mencuri nafas. Seumur hidupnya,
inilah kali pertama dia membuat keputusan sedrastik ini.
“Akak....”
“Yup...”
“Tolong
pinangkan Erna untuk Erfan. Erfan nak jadikan Erna sebagai isteri Erfan dan ibu
kepada Emir.”
Jatuh
rahang Adelia yang baru sahaja memangku Emir itu. Tidak menyangka yang secepat
ini Erfan membuat keputusan. Memanglah dia senang menyambut berita ini tapi dia
risau jika Erfan tersilap langkah.
“Tak
cepat sangat ke?”
“Lagi
cepat lagi bagus kak... Lagipun Erfan risaukan Emir. Kalau boleh buat bulan depan.
Tak payahlah tunang-tunang. Kita buat kenduri terus.”
Melalui
suara Erfan, Adelia sudah dapat menebak yang adiknya itu serius untuk terus
melangkah dalam gerbang perkahwinan ini. Adelia tahu yang Erfan melakukan semua
ini kerana Emir. ‘Percayalah dik, kalau kita cuba bantu orang lain, insyaAllah,
Dia akan membantu kita pulak. Emir... nanti Emir akan dapat ibu baru.’ Dicium
kedua belah pipi Emir. Hatinya terus melagukan syukur pada Yang Maha Esa. Moga
ada jalan bahagia buat Erna dan juga Erfan.
***
Mata
Erna jatuh pada sekeping kad kahwin berwarna merah jambu yang baru diambil dari
pencetak tadi. Kad kahwin itu nampak esklusif dan menarik. Pandai Erfan memilih
rekaan. Lagi seminggu lagi dia bakal menamatkan zaman bujangnya. Semua ini
bagaikan di dalam mimpi.
Pintu
bilik tiba-tiba ditolak kasar dari luar. Tanpa salam, tanpa ketukan, terus
Fareeq merempuh. Dia muncul dengan wajah yang kalut dan tidak tenteram. Di
tangan kanannya tergantung sekeping kad kahwin seperti yang berada di tangan
Erna.
“Kenapa
ni bang?”
“Apa
ni Erna?”
Kad
kahwin itu segera dilemparkan ke atas meja Erna. Hanya Tuhan yang tahu
perasaannya ketika membaca nama di dalam kad tersebut. Erna nak kahwin? Kenapa
secara tiba-tiba? Tak ada ribut, tak ada petir, tiba-tiba hujan lebat! Pasti
ada yang tak kena!
“Kad
kahwin... Kenapa dengan kad kahwin ni?” Erna tak faham kenapa Fareeq perlu
mengamuk sebegini rupa. Apa masalahnya kalau dia berkahwin pun!
“Jangan
main-main Erna... Kenapa tiba-tiba nak kahwin? Datuk Emran paksa Erna untuk
kahwin ya?” Terkam Fareeq sedikit tak berpuas hati.
“Kalau
ya pun papa paksa... papa memang layak sebab dia wali mujbir. Tapi dalam hal
ini sikit pun papa tak memaksa. Erna yang buat keputusan untuk berkahwin. Yang
abang ni kenapa? Orang nak kahwin pun pelik ke?” Sungguh dia tidak dapat
membaca apa yang bersarang di benak Fareeq tika ini. Entah jembalang mana yang
merasuk, Erna sendiri tidak pasti.
“Pelik
sebab...sebab... Erna tak menampakkan ciri-ciri untuk berkahwin pun?” Separuh
dari hati Fareeq terasa terbakar apabila menyambut berita tak diundang ini.
Mungkin segenap perasaannya masih menjadi milik Erna. Walaupun tika ini dia
sudah punya Sury, tapi memang sukar untuk menghakis nama Erna yang pernah
singgah di hatinya.
Erna
ketawa kecil kemudian beransur menjadi kuat. “Apa yang peliknya... Sedangkan
orang yang disangka bujang pun sebenarnya dah berkahwin.” Bukat niat Erna untuk
memerli Fareeq tapi dia mula naik mua bila Fareeq seolah-olah mempertikaikan
keputusannya untuk berumah tangga.
“Erna
perli abang?”
“Abang
terasa ke?”
Fareeq
mendengus! Dah memang sah-sah dia makan gula, pastilah terasa manisnya.
Tangan
Erna mula mengemas meja pejabatnya. Jam sudah menunjukkan pukul lima setengah
petang. Dia mahu berjumpa dengan Emir. Sudah seminggu dia menyusukan Emir.
Alhamdulilah, Emir dapat menerima susu dari badannya. Kadang-kadang dia akan
mengambil Emir untuk tinggal bersamanya. Mujurlah tidak mendapat halangan
daripada Erfan.
Lagipun, Lagi lama di dalam
pejabat ini, naik sakit otaknya melayan Fareeq.
Orang lain semua gembira menyambut berita ini, hanya Fareeq sahaja yang
membentak.
“Sudahlah
bang... Abang doakan sahaja kebahagian Erna sebagaimana Erna sentiasa mendoakan
kebahagian abang.” Tutur Erna lembut. Tak mahu memanjangkan lagi cerita.
Erna
sudah mula menapak ke muka pintu.
“Abang
tahu semua ni salah abang. Abang betul-betul minta maaf. Tapi tak kan Erna tak
boleh beri abang peluang kedua!”
Berkerut
dahi Erna menyambut perkataan peluang kedua itu. Kepalanya ditolehkan ke
belakang. “Apa maksud abang pasal peluang kedua tu?”
“Abang
nak memperisterikan Erna...” Fareeq mula mendekatkan langkahnya. Kali ini dia
benar-benar serius.
“Isteri
yang kedua?”
“Kalau
perlu, abang sanggup ceraikan Sury!” Putus Fareeq cepat.
“Abang!”
Bergegar
dada Erna sangat mendengar tutur kata seorang lelaki bernama Fareeq. Tidak
dapat dibayangkan perasaan Sury yang baik hati itu. Kenapa Fareeq tiba-tiba
berubah menjadi seorang lelaki yang mementingkan diri sendiri.
Fareeq
mula diserang sakit kepala. Sakit yang dicari sendiri. Entah kenapa sejak
akhir-akhir ini hubungannya dengan Sury mula jadi tak kena. Ada sahaja salah
isterinya yang terlintas di matanya. Entah apa
yang berubah, hatinya ataupun wajah itu bukan lagi menjadi igauannya.
“Apa
pun yang berlaku, abang tak akan termasuk dalam kategori calon pilihan saya.
Jaga kak Sury.... dia perlukan abang! Tak kan macam tu je abang nak tinggalkan
dia. Erna dah nak kahwin....” Tekan Erna keras.
“Tapi
Erna tak cintakan dia! Dan lelaki itu duda!” Duda jugak yang menjadi pilihan Erna. Macam
dah tak ada lelaki lain yang masih bujang.
“Jadi
apa bezanya dengan abang? Erna pun tak cintakan abang! Dan abang pula suami
orang!” Balas Erna namun tetap mampu
dikawal nada suaranya. Dadanya sudah berombak kencang. Kesabarannya sudah mula
menipis tika dicuit dengan bait-bait kata-kata Fareeq yang menyakitkan hatinya.
“Tapi
sekurang-kurangnya Erna pernah cintakan abang....” Kali ini suara Fareeq tidak
senyaring tadi. Rentaknya sudah berubah menjadi merayu. Merayu pada gadis yang
tidak lagi sudi.
“Pernah
cintakan abang dengan masih cintakan abang adalah dua perkara yang berbeza.
Hakikatnya perasaan tu dah lama terkubur. Sedalam mana pun abang mencuba untuk
menggalinya, perasaan itu dah terkambus jauh dari gapaian abang sendiri.” Nampaknya,
menerima Erfan adalah keputusan yang tepat. Kalau dia masih single, pasti dia
akan diburu oleh Fareeq.
Tanpa
menunggu lagi, terus Erna angkat kaki. Bimbang lama-lama nanti tangannya pula
yang boleh terangkat ke pipi Fareeq. Dalam hatinya berdoa agar fius otak Fareeq
yang tercalar dan tercabut itu akan segera berfungsi seperti sediakala. Kalau
keadaan ini berterusan, dia bimbang akan menjadi virus dalam hubungannya
bersama Erfan nanti.
***
Sambil
menyusukan si kecil, berulang kali tangan Erna mengusap kepala Emir. Bibirnya
mula berselawat berulang kali. Kata orang, ini dapat melembutkan hati si anak
yang sedang menyusu. Betapa pentingnnya untuk bayi kecil mendapatkan khasiat
dari susu ibu sendiri. Susu
ibu mengandungi kesemua nutrient yang diperlukan untuk tumbesaran dan
perkembangan otak bayi. Malah susu ibu mudah dihadam oleh si kecil.
Pada mulanya memang Erna
rasa kekok gila. Ialah, tak mengandung tapi tiba-tiba menyusukan bayi. Mujurlah
mummy dan Kak Adelia banyak membantu. Sekurang-kurangnnya dia mampu mengumpul
pengalaman sebelum menyusukan anak sendiri nanti.
Rasa
marahnya pada Fareeq segera ditolak ke tepi. Dia tidak mahu rasa emosi yang
membelit akan mempengaruhi si kecil pula. Adalah perlu untuk si ibu berada
dalam keadaan normal dan tenang.
Matanya
mula menyelongkar bilik Erfan di rumah Adelia ini. Nampak kemas dan teratur
sahaja susunannya. Mungkin juga Adelia rajin mengemas. Tak pun memang perangai
Erfan sendiri yang memang teratur orangnya.
Berbeza betul Erfan dan Rifqi. Bilik Rifqi
bersepah dan tidak teratur.
Ini pun sebab Puan Suraya selalu mengadu kepada Erna. Masa ini, pasti Rifqi
akan tarik muka masam. Tak suka bila hak asasinya dicerita kepada orang luar.
Bimbang jatuh saham kononnya.
Ada sahaja kenangan
bersama Rifqi yang masih bernyawa di benaknya ini. Tidak dipaksa ataupun
dikerah, memori itu mampir dengan sendiri.
Ketukan di pintu
membuatkan Erna terus membetulkan bajunya. Pasti Erfan sudah pulang dari tempat
kerja. Gugup pula Erna dibuatnya. Sejak mereka memutuskan untuk berkahwin,
hanya beberapa kali mereka bersua muka. Lagipun Erfan sibuk dengan tugasnya
yang baru bermula.
“Boleh saya masuk?” Jerit
Erfan dari luar bilik.
“Masuklah..” Jawab Erna
sambil meletakkan Emir di dalam baby cot. Terdengar pintu terkuak dari luar
tapi sedikit pun Erna tidak menoleh ke belakang.
“Emir dah tidur?” Pintu
bilik mula disendal. Tidak mahu dituduh berkhalwat pula sedangkan niatnya hanya
ingin menemui Erna seketika. Mujur hari ini dia berpeluang untuk pulang awal.
“Dah...”
“Amboih budak ni.. Asal
kenyang je tidur..” Komplen Erfan sengaja. Dia ingin mewujudkan suasana yang
selesa antara mereka. Tak lama lagi nak kahwin, tak kan nak meneruskan rasa
canggung ini sampai bila-bila.
“Terima kasih...” Ucap
Erfan sambil tersenyum. Dia banyak terhutang budi pada Erna.
“Sama-sama...Kalau tak ada
apa-apa, saya balik dulu.” Dicapai beg tangan yang berada di atas katil. Tak
selesa bila berada di dalam bilik ini bersama Erfan. Nanti apa pula kata
Adelia. Memanglah antara mereka ada Emir tapi budak kecik tu mana tahu apa-apa.
“Erk.. Erna.. kejap...”
Tahan Erfan sambil menghampiri batang tubuh Erna yang berdiri tidak jauh
daripadanya.
“Kenapa?”
“Saya nak bagi awak
supplement ni.” Beg plastik itu mula bertukar tangan.
“Untuk apa?” Aneh jugak
rasanya. Kenapa tiba-tiba nak bagi supplement pulak?
“Supplement asas yang perlu untuk badan si ibu yang memberi susu badan
sustained dan sihat. Suplement ni mengandungi multivitamin, B complex , vitamin
C dan protein. Itu orang kedai tu cakaplah. Dan awak kena pastikan yang minuman
yang awak minum tak boleh kurang dari dua liter. Lagi satu, pastikan awak ambil
makanan yang seimbang. Saya tak mahu nanti awak pulak yang jatuh sakit sebab
awak pun ambil pil untuk keluarkan hormon tu kan..”
Perlahan-lahan
bibir Erna mula tersenyum apabila menyambut arahan dari Erfan itu. Terasa
kelakar bila seorang lelaki membicarakan tentang topik susuan.
“Terima
kasih...” Ucap Erna separa malu.
“Oh
satu lagi...” Hampir-hampir Erfan terlupa untuk memberikan Erna sesuatu.
Sebenarnya dia agak malu tapi demi Emir, dia harus lakukan. Tak kan nak buat
bodoh je bila ada seorang gadis sudi untuk menyusukan anaknya. Tangannya cepat
sahaja mengeluarkan sebuah kotak dari meja soleknya. Kemudian kotak itu mula
dihulurkan kepada Erna yang nampak terkebil-kebil.
“Apa
ni?”
“Ini
pam susu manusia jenis Avent. Officemate saya yang rekomenkan.” Muka Erna
membahang saat mendengar penerangan Efran. ‘Pam? Lelaki ini belikan aku pam
susu? Ngee... malunya... serius rasa nak menyorok dalam katil. MALU GILA!’ Tapi
mamat didepannya boleh pulak buat tak tahu! Muka memang selamba tahap badak.
“Pam ini dapat mengepam dengan konsisten
dan membantu menggunakan teknik yang betul. Ini membantu stimulasi sentiasa
berlangsung dan penghasilan susu yang berterusan. Membantu si ibu mengepam dan
memastikan payudara benar-benar kosong. Pam yang selesa tidak akan membuatkan
si ibu rasa sakit sesama sesi mengepam dan ini akan melancarkan pengaliran susu
ibu dengan mood tenang dan gembira disamping....”
“Okay...okay....
saya boleh baca sendiri.” Pangkah Erna sambil terus menyimpan kotak itu ke
dalam beg tangannya.
Teguran
Erna itu membuatkan bacaan Erfan terganggu. Tidak sedar yang bibirnya ralit
membaca sepatah demi sepatah ayat yang terhidang di belakang kotak ‘Apa kena dengan
aku ni? Mestilah Erna malu.... aduhh... macamlah dia tak boleh baca sendiri!’
Perlahan-lahan
tangan Erfan mula menggosok belakang tengkuknya yang tegang. Dapat dikecam
wajah Erna yang merah seperti udang yang dibakar di atas bara api!
“Eh
korang berdua, nak kena tangkap khalwat ke duduk sebilik? Harap bersabar ya...
Majlis tinggal seminggu sahaja lagi.” Adelia yang tiba-tiba muncul itu mula
mencelah sambil bercekak pinggang. Sebenarnya dari tadi dia memerhatikan
adiknya. Nampak sikap prihatin Erfan lahir di situ. Mengambil berat perihal
kesihatan Erna.
Kalau
tadi muka Erna terbakar, kali ini mula hampir melecur. Adik dan kakak sama
sahaja. Tanpa memandang Erfan, laju sahaja langkah kaki Erna dibawa untuk
keluar dari bilik peraduan itu. Apabila menangkap senyuman dari wajah Adelia,
rasa malu makin bertimpa-timpa menjenguk ke hati.
***
Dengan
sekali lafaz, Erna Farzana sah menjadi isteri kepada Erfan Farzail. Rasa macam
tak percaya pun ada. Kenal tak sampai dua bulan tup-tup mengambil keputusan
untuk berumah tangga.
Kalau
ikutkan hatinya, dia masih lagi belum bersedia untuk menyandang gelaran suami.
Apatah lagi perkahwinan ini bukan dibina atas dasar cinta tapi perkahwinan ini
lebih kepada rasa tanggungjawab. Mungkin benar cakap orang, cinta selepas nikah
itu lebih sempurna.
Majlis sederhana ringkas diadakan
di Zenith Hotel. Kalau ikutkan Erfan, dia hanya mengiginkan majlis yang serba
ringkas. Apatah lagi majlis ini dirancang dalam waktu yang singkat. Namun
kerana menghormati permintaan Datuk Emran yang hanya mempunyai seorang anak
sahaja, Erfan terus bersetuju untuk mengadakan resepsi di hotel.
Pertama kali melihat wajah Erna
yang bersolek, terus membuatkan jantung Erfan diselaputi rasa kagum. Kagum
kerana mampu untuk memperisterikan wanita secantik Erna. Kalau ikutkan, solekan
itu tidaklah setebal sokekan artis. Namun kecantikan dan seri penganti itu
memang nyata terserlah. Dan dia suka bila Erna mampu membawa diri walau
diperkenalkan kepada sesiapa pun.
Beza Sahila dan Erna ialah,
Sahila lebih terbuka pemikirannya. Mungkin beberapa tahun di Melboune
membuatkan Sahila berani. Gaya Sahila agak daring walaupun wanita itu
bertudung. Dia gemar berfesyen untuk kelihatan cantik. Dan Erna pula... lebih
nampak kemelayuan dengan ciri-ciri kesopanan. Walaupun bukan pakai jubah dan
tudung labuh, tapi Erna tetap menutup aurat dengan sempurna dengan busana yang
elegent. Sekurang-kurangnya kurang sikit bebanan dosa apabila mendapat isteri
solehah seperti Erna.
Usai bersolat berjemaah, terus
Erfan menghempaskan badan di atas katil di bilik Erna ini. Dia suka dekorasi
bilik Erna. Cantik dan simple. Sementara menunggu rumah di Kota Sass siap
renovation, dia akan tinggal di rumah mertuanya ini dulu.
Kalau ikutkan, memang pihak hotel
ada menyediakan bilik untuk mereka pre-honeymoon. Namun telah ditolak oleh
Erna. Isterinya itu tidak mahu kerana bimbangkan keselesaan Emir.
“Erfan... kita makan dulu ya.”
Sayup-sayup suara Erna menyusup lembut di telinga Erfan. Suara itu benar-benar
mampu mendamaikan jiwa.
“Hmm....” Namun sedikit pun Erfan
tidak berganjak. Masih terbaring di atas katil.
“Erfan....” Panggil Erna lagi
sambil menyentuh sedikit kaki suaminya itu. ‘Amboi, penat betul!’
Tiba-tiba ingatannya tergarit
pada gurauan Salmi. Rakan sekerjanya di ofis. Apabila mengetahui yang dia
hendak menamatkan zaman bujangnya dengan seorang duda, terus Salmi mengusiknya.
“Cik Erna kena hati-hati... Duda
ni dia banyak pengalaman tau!”
“Amboihh... bercakap macam orang
ada pengalaman je!” Bukan main lagi budak nih. Belum kahwin lagi dah cakap
topik kahwin!
“Kan orang selalu cakap macam
tuh...”
“Tak boleh pakai sangat cakap
orang tuh.” Sebenarnya dia malu jika hendak bercakap soal sebegini dengan
sesiapa pun. Segan dia memang tahap memuncak! Macam-macam tips yang diberikan
oleh Adelia dan juga mummynya. Adoi, perlu ke sampai macam tu sekali?
Kerana terlalu kasihankan Erfan,
akhirnya dia terus membiarkan Erfan lena sendiri. Mujurlah tidak ramai sanak
saudara yang menumpang tidur di rumahnya. Jika tidak, pasti dia akan diusik.
Kakinya mula dihalakan ke arah
Emir yang nyenyak tidur itu. Apabila memastikan yang Emir benar-benar selesa,
Erna mula keluar dari bilik. Sedikit sebanyak hatinya lega. Jika Erfan sudah
tidur, alamatnya malam ini dia akan selamat secara automatik!
Tidak banyak kerja yang perlu
dilakukan di dapur memandangkan kenduri kahwin bukan diadakan di rumah ini.
Sanak saudara juga sudah ada yang tertidur walaupun jam baru menunjukkan pukul
sembilan malam.
“Erfan mana? Tak turun sekali?”
Sudah dijangka yang soalan itu
akan keluar dari mulut mummy saat terpandangkan Datin Zabedah.
“Erfan tengah layan Emir
kejap...” Bohong Erna. Tidak mahu jika si mummy mengesan yang suaminya itu
telah tertidur.
“Ingat pesan mummy... Layan suami
dengan ikhlas.” Sempat lagi si mummy berbisik lembut. Muka memang tahap serius
habis!
“Ish.. mummy ni..” Erna mula
tarik muka. Rasa macam nak ambil periuk dan tekup ke atas muka. Kuali hitam pun
jadilah! Malu tahap gaban bila saban hari nasihat itu menerkam telinganya.
“Malu-malu pulak. Orang nak bagi
ilmu pun susah! Hah, malam ni biar Emir tidur dengan mummy. Nanti menganggu
pulak...” Kata-kata Datin Zabedah hampir membuatkan Erna tersedak. Lantas gelas
minuman yang sedang diteguk itu terus diletak ke atas kabinet dapur.
“Apa yang mengganggu pulak. Tak
payahlah... Emir tidur dengan Erna je.”
Dia faham apa yang dimaksudkan
oleh si ibu. Tapi sengaja buat-buat tak faham. Lagipun dia yakin seratus
peratus yang malam ini akan berlalu seperti biasa. Memanglah Erfan sendiri tak
pernah cakap apa-apa, tapi rasanya hubungan mereka terlalu baru untuk dilangkau
sejauh yang digambarkan oleh mummynya. Drastik betul!
“Ikut Ernalah. Tapi esok jangan
mengadu apa-apa dekat mummy...” Datin Zabedah sudah mengugut dengan sennyuman
luar biasa. Cepat-cepat Erna menggeleng.
Tangisan Emir mula membuatkan
Erna tersenyum. Akhirnya dia lega kerana Emir menyelematkan dia dari terus
diberkas dengan soalan-soalan tak patut. Datin Zabedah hanya menggelengkan
kepala sambil melihat si anak berlari naik ke tingkat atas.
‘Ya Allah... titipkanlah kebahagian
buat Erna dan Erfan. Moga ada jalan bahagia buat mereka... Kembalikanlah
senyumannya yang hilang itu..’ Itu sahaja Datin Zabedah. Moga layar bahtera
yang dikemudi oleh si anak berlayar dengan aman.
Ketika
menolak daun pintu, dia menangkap susuk tubuh Erfan yang baru sahaja mendukung
Emir. Kasihan, pasti tidur suaminya itu terganggu. Muka Erfan memang nampak
mamai sungguh.
“Bagi
Emir pada Erna...” Pinta Erna.
Tangan
Erna seakan-akan terkena renjatan elektrik apabila tersentuh dengan tangan
suaminya ketika Erfan sedang memberikan Emir.
“Dia
lapar kot..” Mata yang masih layu itu segera digenyeh. Jika tidak dikejutkan
dengan tangisan Emir, mungkin dia terus tertidur sampai ke pagi. Dapat dilihat
keadaan Erna yang agak teragak-agak ketika hendak menyusukan Emir.
‘Ish...
asal mamat ni tak berganjak lagi. Pergilah sambung tidur.’ Tangisan Emir yang
terus menjadi-jadi itu membuatkan Erna terus menyusukan Emir tanpa memikirkan
Erfan.
‘Okay...
buat-buat tak nampak je Erfan tuh!’ Pujuk dirinya sendiri. Namun tangannya
tetap berusaha menarik baju agak dapat minimakan bahagian badan yang terdedah.
Erfan
tersenyum. Hatinya bagai digaru melihat aksi canggung si isteri. Alahai, comel
betul!
Tanpa
Erna menduga, tiba-tiba sahaja Erfan duduk di sebelahnya. Malah kedudukan
mereka agak rapat. Jantung Erna bergegar hebat apatah lagi bila Erfan dengan
beraninya mengusap rambut si Emir. Okay, itu boleh dimaafkan lagi.. Tapi bila
wajah Erfan mula menunduk untuk mencium pipi Emir, jantung Erna terus tak
berfungsi. Kejung sendiri di situ.
Sungguh
Erfan rasa hendak ketawa melihat telatah isterinya. Nampak sangat yang si
isteri sedang menelan liur. Muka pun takut-takut. Macamlah baru terserempak
dengan zombie.
Untuk
meneruskan usikan, sengaja Erfan meletakkan tangan di bahu isterinya.
Sentuhannya bagai telah memberikan renjatan elektrik pada Erna.
“Erna
okay?”
“O...Okay...”
Dalam
fikirannya berlegar dengan kata-kata Salmi. ‘Duda ni banyak pengalaman....’
“Erna...”
Perlahan sahaja panggilan Erfan. Tangannya mula memaut bahu si isteri. Cuma
menghilang getar rasa yang berkompang di pelusuk jiwa Erna.
“Saya
tak pernah paksa... Saya nak kita sama-sama bersedia untuk melangkah ke alam
suami isteri yang sebenar. Kita kena beri masa sesama kita. Untuk mengenali dan
memahami diri masing-masing.”
Kata-kata
yang keluar dari mulut suaminya memang mampu membuatkan nafas Erna kembali
lancar seperti biasa.
“Thanks
Erfan... Saya berjanji untuk beri yang terbaik buat rumah tangga kita.”
Tanpa
banyak cakap, terus Erfan mencium pipi gebu milik Erna. Membuatkan Erna
melopong sendiri. ‘Tadi kemain lagi cakap pasal bagi masa!’
“Tapi
kalau setakat kiss je tak apa kan?” Tanya Erfan dengan muka tak bersalah. Tindakannya
tadi memang membuatkan rahang Erna terjatuh. ‘Double mengada jugak mamat ni!’
Erna
tak tahu hendak memberi reaksi yang bagaimana lagi. Nak kata setuju nanti
nampak gelojoh. Nak menolak nanti terbayang azab neraka Allah. Jadi baiklah dia
tersenyum sahaja.
“Tadi
kan... waktu saya cium awak, saya rasa macam baru lepas cium Emir. Pipi korang
macam samalah. Cuba saya try sekali lagi..”
“Hah!”
Muka Erna sudah membahang.
Tanda
diduga, sekali lagi Erfan mencuri cium pipi Erna. “Haah lah.. memang sama...
Gebu dan lembut je. Macam baby.” Puji Erfan selamba sedangkan wajah Erna sudah
memerah.
“Apa
ni, main tipu! Mana aci..” Tanpa sedar, Erna mula terbuat perangai lepas laku.
Sesuatu yang sudah lama dia tinggalkan.
“Oh
tak aci ya... Okaylah.. sebagai gantinya, awak cium pipi saya semula.” Erfan
sudah menundukkan wajahnya sedikit. Pipinya ditala ke wajah Erna.
“Ngeee...
siapa pulak cakap nak cium awak?” Hatinya bagai melantun-lantun apabila diusik
oleh Erfan. Malam ini, dia dapat lihat Erfan dari sisi yang berbeza. Terasa
meremang bulu roma menerima layanan seperti ini.
“Seorang
suami kenalah pandai membaca bahasa kiasan seorang isteri kan... Lagipun betul
jugak. Mestilah awak cemburu kan. Saya dah cium awak empat kali. Masa akad
nikah sekali, masa solat jemaah sekali lepas tu baru ni dua kali. Okay, sebagai
seorang suami yang prihatin, awak ciumlah saya lima kali.” Usik Erfan tanpa
henti.
Terbuntang
mata Erna mendengar penjelasan si suami. Gila! Erfan memang betul-betul gila!
“Merepeklah
awak nih!” Erna berpura-pura fokus pada si kecil yang sedang menyusu. Padahal
dada sudah mengalunkan ombak rindu. Ombak tsunami pun ada!
“Kenapa?
Malu ya.. Tak apa... saya faham..” Kali wajah Erfan sudah kembali mendekat.
Bibirnya dihala ke telinga Erna.
“Nanti
saya kira berapa awak hutang saya kiss okay. Nanti bila dah tak malu, boleh
bayar balik...” Bisikan itu halus sahaja. Berjaya membuatkan bulu roma Erna
berteraburan. Dengan penuh nakal, Erfan mula mengeyitkan mata kanannya.
Erfan
begitu pandai bermain dengan kata-kata. Agaknya macam ni dia layan arwah
isterinya dahulu. Lupa pula, duda mestilah banyak pengalaman kan! Entah kenapa,
ayat itu seperti mampu meragut nyawa Erna sahaja.
***
Hujung minggu yang mendamaikan
jiwa. Ini hari terakhir mereka akan tinggal di rumah Datuk Emran sementara hari
esok mereka sekeluarga akan berpindah di rumah sendiri. Rumah yang sudah siap
diubah suai. Lebih sebulan menjadi suri dalam hidup lelaki yang bernama Erfan,
ternyata ia menenangkan jiwa Erna. Menjadi ibu express membuatkan jiwa Erna
melayang dari mengingati Rifqi. Lagipula, dia tahu hukum seorang isteri yang
mengingati lelaki lain.
Anak
kecil yang baru selesai dimandikan itu mula disiapkan dengan ala kadar. Hanya
mengenakan Emir dengan sehelai t-shirt yang tidak membuatkan anak kecil itu
kepanasan. Putik kapas mula dicapai. Dengan perlahan-lahan dia mula
membersihkan telinga Emir.
Pada
mulanya memang dia agak canggung dan takut. Ialah, berhadapan dengan telinga si
kecil yang begitu halus lubangnya. Risau nanti tak terkeluar pula putik kapas
dari telinga Emir. Pergerakannya perlahan sahaja. Bimbang menyakiti si kecil.
Erna
tarik nafas lega. “Fuh... takut ibu tengok lubang telinga Emir ni... Tapi ibu
buat tak sakit kan...” Erna berbual dengan si kecil. Macamlah anak kecil itu
memahami kata-katanya.
“Okay...
sekarang kita kena potong kuku pulak. Kuku Emir dah panjang dah...” Habis pipi
Emir calar balar akibat mencakar wajah sendiri. Sudahlah anak kecil itu sudah
mula lasak. Tangan asyik terkapai-kapai. Langsung tak duduk diam!
“Duduk
diam-diam...” Arah Erna dengan suara yang sengaja dikeraskan sedikit. Namun
pergerakan Emir terus lasak hingga menyukarkan dia untuk memotong kuku si
kecil.
“Biar
saya pegang tangan Emir ya..” Entah dari mana Erfan muncul, tiba-tiba sahaja
suaminya itu sudah duduk di birai katil. Membantu memegang tangan si kecil yang
bergerak itu. Malah tangan mereka mula saling bertindih.
Tanpa
Erna sedari, jarak yang begitu dekat itu membuatkan Erfan merenung jauh dan
menilik setiap inci wajah Erna. Alis mata bundar yang mempesona. Bibir merah
bak delima. Kening separa lebat yang
kelihatan sempurna dan kulit halus yang memerah menjadikan Erna seorang wanita
yang cantik di pandangan matanya.
Jika
hendak dibandingkan, Sahila juga perempuan yang cantik. Tapi cantik Sahila
kerana solekan yang tebal. Kerana dress up yang up to date. Kata-katanya selalu
manja. Itulah yang membuatkan Erfan selalu terbuai dan tersungkur jatuh di
bawah kuasa cinta Sahila.
Erna
mula jadi tak senang melihat reaksi suaminya yang lain macam itu. Pagi-pagi
lagi sudah memandang dirinya dengan pandangan yang dia sendiri tidak dapat
mentafsirkannya. Jadi, cepat-cepat dia menghabiskan tugasnya.
“Okay
dah siap!”
“Okay.. Emir dah siap, bila awak
nak potong kuku saya pulak?”
Pertanyaan Erfan itu membuatkan
Erna sedikit melopong. Potong kuku Erfan? ‘Kenapa nak minta tolong dari aku?
Bukan ke dia boleh potong sendiri?’ Bisik hati Erna.
“Cepatlah Erna.... saya tengah
bagi awak peluang untuk memburu pahala ni!” Gesa Erfan dengan senyuman yang tak
lepas dari bibir. Mendengarkan ayat ‘memburu pahala’ itu, cepat-cepat Erna
mencapai pengepit kuku dan mula mengetip kuku mengikut tata tertib yang menjadi
kebiasaannya.
Dipotong satu demi satu kuku
tersebut dengan cermat dan halus. Usai habis mengetip, dia mula menyapukan
losyen di jari jemari Erfan. Sesuatu yang sudah menjadi kebiasaannya setelah
mengetip kuku.
“Okay dah siap.”
“Ada orang cakap, jangan mencintai seseorang
setinggi langit kerana langit boleh runtuh.. Jangan mencintai seseorang sedalam
lautan kerana lautan boleh surut.. Jangan mencintai seseorang sebesar dunia
kerana dunia boleh hancur…Cukuplah mencintai seseorang dihujung kuku, walau kecil, walau selalu
dipotong, ia akan selalu tumbuh….” Tiba-tiba sahaja madah itu meluncur keluar
dari mulut Erfan. Membuatkan Erna terpinga sendiri. Tak tahu hendak memberi
reaksi yang bagaimana.
Hendak membalas, Erna tak cukup
bijak. Hendak menepis, langsung gelaran seorang isteri menghalang dirinya. Jadi
disambut sahaja dengan senyuman. Namun madah itu tetap disimpan kemas di dalam
hati.
“Eh, ramai orang komplen yang
saya tak dengar bila orang panggil. Cuba awak tengok apa yang bersarang di
telinga saya.” Tanpa menunggu lama, terus Erfan merebahkan kepala di peha milik
Erna.
Bukan sahaja rahang Erna yang
terjatuh malah organ jantungnya juga bagaikan melompat keluar dari tempat
asalnya. Sikap diluar dugaan Erfan ini benar-benar boleh meragut ketenangannya.
Dengan perlahan-lahan Erna mula
mencuci telinga milik suami. Mengulang perbuatan yang dia lakukan pada si kecil
tadi. Erfan yang berbaring secara mengiring itu mula memejamkan matanya. Menganalisa
sikap Erna yang halus dan menyenangkan jiwanya.
‘Ya Allah, sungguh aku jatuh
cinta padanya... Namun mampukah dia menyintai diriku yang serba kekurangan
ini.’
Sebulan hidup bersama mengajar
Erfan erti kasih yang sebenar. Telah ditinggalkan semua kenangan pahit itu ke
belakang. Jangan ada yang mengekorinya lagi.
***
Hari ini bermulalah hidup baru
sebagai isteri sepenuh masa di rumah sendiri. Rumah yang diubah suai ini
kelihatan cukup sempurna untuk keluarga kecil mereka. Semua perabot sudah
disusun atur oleh Interior Designer yang dilantik oleh Erfan. Setakat ini, Erna
sangat berpuas hati. Dia memang inginkan kediaman yang sederhana tanpa
perhiasan yang berlebihan.
Ahli
keluarga yang banyak membantu mengangkat barang-barangnya. Tidak banyak
keperluan yang dibawa. Cuma pakaian dan keperluan asas seadanya.
Kotak-kotak
yang courier dari Australia pun sudah tiba seminggu lebih awal. Sementara
menunggu Erfan bersolat, Erna mula mengemas apa yang patut. Lagipula Emir
sedang tidur, boleh juga dia membantu apa yang patut.
Anak
mata mula terpandangankan sebuah kotak berwarna coklat yang lebih kecil dari
kotak-kota yang lain. Kotak yang disaletip itu muka dibuka perlahan. Diperhatikan
barang-barang di dalam kotak itu. Nampak seperti keperluan seorang perempuan.
‘Adakah
ini kotak milik arwah isteri Erfan?’ Erna mula tertanya-tanya. Sepanjang
perkahwinan mereka, tak pernah sekalipun Erfan bercerita tentang arwah
isterinya. Erna sendiri tak mampu membuka mulut untuk bertanya walaupun hati
tetap dijentik dengan perasaan ingin tahu.
Frame
gambar yang diterbalikkan itu mula dicapai. Mungkin terselit gambar arwah
isteri Erfan di sini. Baru sahaja dia ingin menterbalikkan gambar, terus sahaja
telinganya menangkap satu jeritan dari arah belakang.
“Erna!”
Terus
melucut frame gambar itu.
“Kenapa
awak sentuh barang saya?” Pertama kali Erna mengesan nada suara yang kasar dari
mulut Erfan. Membuatkan badan Erna menggigil ketakutan.
“Saya....
saya cuma nak tolong.... kemas...”
“Jangan
sentuh barang saya! Apatah lagi barang Sahila!” Muka Erfan mencerlung dengan
kemarahan yang menggunung. Dalam banyak-banyak kotak, kenapa kotak itu juga
yang menjadi pilihan isterinya?
“Saya
minta maaf... Saya tak tahu....” Sungguh dia tak ada niat nak menggeladah
membabi buta. Dia hanya hendak menolong.
“Dah...
pergi masuk....” Dengan kasar, Erfan mengangkat kotak yang berdekatan dengan isterinya. Entah
kenapa, bila sesuatu melibatkan Sahila, rasa hatinya memang tidak mampu untuk
dikawal. Dia jadi cepat marah!
“Saya
pergi kemas bahagian saya...” Baru sahaja Erna hendak bergerak ke bahagian satu
lagi, tiba-tiba lengannya direntap dari belakang.
“Saya
cakap masuk, masuklah!”
Kali ini bergongcang dada Erna menyambut
herdikan itu. Matanya dah kabur. Mulutnya sudah menggigil. Cepat-cepat diangkat
kakinya masuk ke dalam bilik.
Tangannya
mula mencari sesuatu yang berada di dalam beg tangannya. Diari Rifqi! Dipeluk
kejap diari Rifqi itu. Rasa takut mula menyeludup bersawang di pelusuk hati.
Air matanya menitis. Tak pernah dia membayangkan yang Erfan yang selama ini
bertutur dengan bahasa yang menyenangkan tiba-tiba berubah di luar jangkaan.
Badannya
menggigil. Sungguh dia takut!
Tolakan
pintu dari luar membuatkan Erna cepat-cepat meletakkan diari tersebut di dalam
laci. Dia tidak mahu kemarahan Erfan makin menjadi-jadi setelah melihat diari
Rifqi itu.
Keluhan
berat mula dilepaskan.
Belakang
tengkuk mula digosok perlahan. Rasa bersalah mampir apabila memarahi Erna tanpa
sebab. Perlahan-lahan dia mendapatkan tempat di sisi isteri yang sedang
berbaring di dalam gelap itu.
“Saya
minta maaf.” Dia sendiri keliru. Kenapa perlu dia marah Erna sebegitu rupa. Apa
yang pasti, stereng kesabarannya langsung tak dapat dikawal.
Senyap.
Erfan
sudah mula mati kutu. ‘Silent treatment’ seperti inilah yang selalu membunuh
jiwa lelaki. Dia rela Erna memaki hamun dirinya semula. Tapi tolonglah jangan
berdiam sebegini rupa.
Badannya
mula direbah di sisi si isteri. Tanpa teragak-agak, tangannya memeluk kejap
pinggang Erna. Belakang rambut isterinya dicium perlahan. Dapat dirasa susuk
tubuh Erna yang menggigil. Nampaknya Erna terlalu terkejut.
“I’m
so sorry.... Saya tak sedar kenapa saya beremosi sampai macam tu sekali.”
Bisikan Erfan yang perlahan itu membuatkan dada Erna
bergendang hebat. Tak pernah-pernah mereka rapat dalam keadaan seperti ini.
Selama ini Erfan terlalu berhati-hati dengan kelakuannya.
“Erna...
Please says something...” Erfan mula berperang dengan perasaan sendiri.
“Sebab
awak masih sayangkan arwah.” Akhirnya keluar juga suara Erna. Dia tidak mahu
dimarahi jika terus berdiam diri.
“Nope!
Bukan itu alasannya.”
Erna
masih terpaku dan terkaku. Tak tahu hendak memberi respon bagaimana lagi.
Akhirnya dia ikut turut diam. ‘Kalau tak sayang, kenapa perlu marah sampai
macam tu sekali? Tak boleh ke tegur elok-elok?’ Namun kata-kata itu hanya
bermain di dalam hati. Tak tergamak untuk melepaskan suara. Bimbang mengundang
kemarahan Erfan lagi.
Tangan
Erfan mula memalingkan badan isterinya. Hatinya lega kerana Erna hanya menurut.
Walaupun dia baru mengenali Erna, tapi dia cukup masak dengan perangai pendam
perasaan milik si isteri. Dia makin bertambah bimbang jika isterinya makin
menjauh apabila dia bersikap panas baran sebegini rupa. Bukankah ini waktu
untuk mereka saling mengenali? Sepatutnya tak perlu ada jurang antara mereka.
“Hakikatnya,
saya mula sayangkan awak Erna....” Luah Erfan sambil merenung lembut mata Erna
yang berkaca itu.
Erna
cuba untuk menahan getaran yang bertandang. Mungkin perlu untuk mereka saling
berbincang dan berbicara dari hati ke hati. Erna sedar yang tahap ‘skill
comunication’ antara mereka memang tahap lemau! Mungkin kerana masing-masing
cuba menyimpan kenangan silam.
“Awak
takut kalau awak sayangkan saya lebih dari arwah isteri awak? Macam tu ke?”
Tebak Erna berani.
“Bukan....”
Lemah sahaja suara Erfan.
“Habis
tu?”
Tiada
sebarang jawapan yang keluar dari mulut Erfan. Hanya tangannya sahaja yang
bermain dengan rambut Erna. Haruman rambut si isteri mula membuatkan jiwa
lelakinya bergelora.
Erna terus diam apabila badan Erfan
sudah mula mendekat sehingga telinganya mula menangkap hembusan nafas milik si
suami. Erna pejam mata dengan kejap apabila tangan Erfan mula menyentuh
badannya. Jiwanya mula berlagu kencang. Tidak dapat ditolak tanggungjawab
seorang isteri lagi. Akhirnya malam itu Erna menyerahkan segala-gala miliknya
kepada Erfan.
***
Pagi
itu selepas solat subuh, kedua-duanya bungkam sendiri. Si suami hilang
kata-kata manakala si isteri pula tak tahu nak kata apa.
“Erna...
saya tak bermaksud nak...” Erfan sendiri tak tahu apa yang merasuk dirinya
semalam hingga membuatkan dia menyentuh Erna. Bukankah dia sudah berjanji untuk
memberikan masa kepada Erna!
“Erfan...
sepatutnya tanggungjawab tu Erna laksanakan pada hari pertama kita kahwin
lagi...” Dia tidak mahu Erfan serba salah. Lagipula, Erfan berhak sepenuhnya ke
atas dirinya.
Betul
gamaknya kata orang. Suami isteri yang bergaduh boleh berbaik semula di atas
katil. Arggghh, perumpaan yang sangat melucukan sebenarnya.
“Jadi
saya terlambatlah? Rugi betul!” Usik Erfan sengaja.
“Amboih...”
Tanpa sengaja, laju sahaja jari Erna singgah di peha Erfan. Namun cepat sahaja tangannya ditangkap oleh
Erfan.
“Saya
janji akan jadi suami terbaik untuk awak...” Dicium satu persatu jari milik si
isteri.
“Saya
pun akan cuba yang terbaik untuk rumah tangga kita.”
Erna
tersenyum-senyum sambil mengenangkan peristiwa yang berlalu tiga bulan yang
lepas. Alhamdulilah, perkahwinan mereka mula disulami dengan bunga-bunga
bahagia.
Pulang sahaja ke rumah, Erna
terus menyiapkan makan malam. Seorang isteri patut malu jika si suami lebih suka untuk makan di luar.
Jadi, seorang isteri harus tahu memasak makanan kegemarannya. Makanan yang
sudah siap mula dihidang di atas meja. Jam sudah menunjukkan angka sembilan
malam namun kelibat Erfan masih belum kelihatan.
Bunyi pintu terhempas dari ruang tamu membuatkan
Erna pelik sendiri. Apron yang tersarung di tubuh mula ditanggalkan.
“Erfan… kenapa ni?” Tegur Erna saat melihat Erfan
mencabut tali lehernya dengar rakus dan meluru ke bilik. Malah briefcasenya
juga dicampak sesuka hatinya. Erna mula mengekori. Langsung tidak mampu membaca
bahasa tubuh Erfan tika ini. Bilik yang tadinya tersusun kemas, mula
bergelimpangan dengan barang-barang Erfan.
“Eh, kalau
kau tak sayangkan aku… Tak cintakan aku…Kenapa kau kahwin dengan aku hah?”
Tiba-tiba soalan itu keluar dari mulut Erfan. Muka kelihatan bengis. Malah
suara Erfan memetir menampan gegendang telingannya.
“Apa maksud awak
ni? Saya tak faham...” Leher mula meninggi, cuba melihat bilik sebelah
melalui pintu yang sudah diubah suai. Risau kalau Emir yang sedang tidur itu
mula terjaga mendengar jeritan ayahnya yang kuat.
“Kau jangan nak berpura-pura! Aku benci perempuan
macam kau!” Ditolak kasar tubuh Erna ke atas katil.
“Erfan... Kenapa ni? Cuba bawak mengucap... Emir
tengah tidur tu.. Nanti dia terjaga. Lagipun apa kena dengan awak nih?
Balik-balik terus mengamuk?” Tanya Erna tak puas hati.
Dia tidak tahu kenapa Erfan berubah sedrastik ini.
Tapi apa yang pasti, dia mula gerun dan takut melihat wajah Erfan. Dia memberanikan
diri untuk bangun namun sekali lagi tubuhnya ditolak.
“Baik kau senyap sebelum aku lempang kau!” Sakit
telinganya mendengar suara Erna.
“Erfan.... apa yang awak...nak..buat...ni?” Nada
suara Erna sudah tergagap-gagap. Dia cuma mengengsot ke belakang apabila Erfan
sudah bertindak menangkalkan kemeja yang dipakainya.
“Kenapa? Salah ke kalau aku nak bini aku layan
aku!” Kedua tangan Erfan sudah mula menekan kedua belah bahu Erna. Malah peha Erna
juga ditindih. Saat ini, dia memang sudah tidak peduli pada tangisan atau rayuan
Erna lagi. Apa yang dia tahu, dia sakit hati! Dia sakit hati apabila mengetahui
yang Erna hendak mempermainkan perasaannya.
“Erfan...”
“Aku benci kau Sahila! Aku benci kau.... Perempuan
semua sama!”
“Erfan....tolonglah sedar.... jangan buat saya
macam ni... saya bukan Sahila.” Rayu Erna dengan tangisan mendayu-dayu.
“Aku cakap senyap, senyaplah!” Tangan Erfan sudah
diangkat tinggi. Menunggu masa untuk hinggap di pipi Erna.
Air mata Erna mengalir lagi. Dia rela dipukul! Dia
rela dimaki! Tapi dia tidak rela diperlakukan sebegini rupa. Kudratnya sendiri
tak berdaya untuk menolak tubuh Erfan.
Matanya dipejam rapat! Dia tidak mahu jika mata
Rifqi melihat segala perlakuan yang Erfan lakukan ke atas dirinya sekarang. Dia
rela buta! Tapi dia tidak mahu mata Rifqi melihat semua ini.
Akhirnya Erna hanya menerima semua perbuatan
suaminya atas gelaran tiket seorang wanita yang bergelar isteri. Maruahnya
bagai disiat-siat. Jiwanya bagai dicincang lumat! Di saat bahagia sedang
menunggu dihadapan, kenapa derita masih perlu menjengah?
***
Erfan ke hulu ke hilir di
hadapan pintu bilik air. Dia sedar yang dia sudah keterlaluan. Entah angin gila
mana yang merasuk jiwanya tadi. Tangannya laju mengetuk pintu bilik air. Sudah
lebih sejam Erna berada di dalam bilik air.
Dia tahu yang sikapnya
kejam tak tentu hala. Tak siasat kebenarannya, terus menghukum membabi buta!
Tapi jiwanya bergongcang hebat tatkala menerima kedatangan seorang lelaki yang
tidak dikenali. Dan lelaki itu memberitahu bahawa Erna hanya hendak
mempermainkan dirinya! Erna cintakan orang lain! Erna menerima dirinya hanya
kerana belas kasihan. Hatinya dan jiwanya berperang sesama sendiri.
Sungguh tak boleh terima jika semuanya ini satu
kebenaran. Dia sudah serik dipermainkan beberapa tahun! Dia sudah penat
menderita. Jadi dia tidak mahu kisah semalam berulang kembali! Kerna itu tahap
cemburunya kali ini sudah masuk ke zone kritikal.
“Erna... baik awak keluar
sekarang sebelum saya pecahkan pintu bilik air ni!” Gertak Erfan tanpa berfikir
panjang.
Baru sahaja Erfan
berkira-kira untuk menolak pintu bilik air, tiba-tiba pintu bilik air telah
ditarik dari dalam. Terjenggul wajah Erna dengan mata yang bengkak!
“Tak cukup awak nak
pecahkan hati saya, awak nak pecahkan pintu ni pulak?” Berdesing telinga Erfan menyambut amarah Erna.
‘Ya Allah... apa yang aku
dah buat ni?’ Rasa menyesal mula bertakung di ruang hati.
“Erna... saya mintak
maaf... Saya tak bermaksud..” Erfan sudah kehilangan kata-kata.
“Tak bermaksud untuk apa?
Tak bermaksud untuk ratah tubuh saya?”
Berdesing telinga Erfan
menangkap perkataan ‘ratah’ itu. Seakan-akan telah menunjukkan dia seorang
lelaki yang terlalu mengikut nafsu!
“Erna... Sungguh.... saya
betul-betul minta maaf. Saya betul-betul menyesal... Saya cuma takut kehilangan
awak...”
“Saya tak tahu apa yang
merasuk awak Erfan... Saya tak faham kenapa awak sanggup perlakukan saya macam
ni sekali. Memang saya hak awak zahir batin... Tapi awak tak berhak perlakukan
saya macam...macam....binatang...” Suara Erna sangkut-sangkut! Dia rasa seperti
hilang nyawa.
Tangan dibawa ke muka.
Menutup wajahnya. Sungguh dia malu! Malu dengan perlakuan suaminya tadi.
“Saya sayangkan awak
Erna.... Saya sayangkan awak...” Tangan Erfan cuba menarik badan isterinya
namun segera ditepis dengan kasar.
Erfan mula hilang sabar.
Orang ajak berbaik, dia nak jual mahal sangat!
“Fareeq... Fareeq cakap
awak nak permainkan saya! Fareeq cakap
yang awak terima saya sebab kesian. Eh, saya tak perlulah rasa kasihan tuh!
Fareeq cakap yang awak hanya cintakan lelaki tu. Awak curang dengan Fareeq dan
bercinta dengan lelaki itu. Siapa lelaki tu sebenarnya?”
Erna menggelengkan
kepalanya. Jadi Fareeqlah dalang kepada semua sengketa ini? Jadi ini semua
agenda Fareeq untuk membolak-balikkan rumah tangganya. Tapi kenapa semudah itu
Erfan percaya? Begitu mudah Erfan dimanipulasi dengan kisah yang belum tentu
betulnya. Di mana harga kepercayaan seorang suami pada seorang isteri?
“Kenapa awak tanya selepas
awak menjatuhkan hukuman pada saya? Umpama awak bunuh saya lepas tu baru awak
nak kenal pasti kesalahan saya. Masa tu saya dah mati dan tak ada apa-apa yang
boleh awak perbetulkan!”
“Erna,... jangan cakap
macam tu..”
Dipeluk
kejap isterinya dari belakang. Hatinya bergegar tatkala menyambut perkataan
mati itu. Saat ini dia baru mampu berfikir secara normal. Mengenal pasti baik
dan buruk. Mungkin benar yang Fareeq sengaja hendak menyakiti hatinya. Dan dia
sebagai suami telah percaya sebulatnya. Betapa bodohnya dirinya!
“Awak dah campak maruah
saya ditempat yang paling hina Erfan... Saya rasa badan saya kotor sangat. Saya
jijik dengan diri sendiri! Kalau awak tak mampu nak bahagiakan saya, janganlah
awak membuat saya derita... Awak boleh lepaskan....”
“No!” Pekik Erfan sambil
menolak badan Erna kedepan.
Kali ini kata-kata berani
Erna berjaya membuatkan dia mula naik hantu. “Kau nak suruh aku lepaskan kau
dan kemudian kau boleh berjoli dengan lelaki tu kan?? Kan...”
Pekikan Erfan membuatkan
langkah Erna ke belakang. Serta merta matanya terpandangkan katil yang berselerakan. Dipejamkan matanya erat-erat.
Dia tidak mahu semuanya berulang kembali. Paksaan dan herdikan itu membuatkan
jiwanya benar-benar mati!
“Seorang lelaki yang
sayangkan saya akan percayakan saya!” Bidas Erna sedas. Dia tak cukup berani
sebenarnya, namun ada kekuatan yang seakan-akan mendorong dia ke hadapan.
“Kau tak layak nak
perlekehkan kasih....sayang...aku...” Giginya diketap. Dia risau tangannya naik
pada wajah Erna. Kemarahan ini bagai ribut yang tidak ada redanya. Kencang menghantui
manusia.
“Jadi awak fikir awak
layak ke sayang saya?”
“Arghhhhhh....” Tangan
Erfan sudah diangkat tinggi. Tercabar kerana Erna menduga kemarahannya.
“Kalau dengan memukul
saya, dapat membahagiakan awak, awak pukullah saya... Pukullah!” Suara Erna
mula nyaring. Tiga bulan belum cukup rupanya untuk mengenal jati diri seorang
suami.
“Kau dengan Sahila sama
je!” Sejurus selepas itu terus Erfan angkat kaki. Sempat dicapai kunci kereta
yang berada di atas almari.
Jeritan Erfan yang nyaring
itu terus membuatkan si kecil menangis. Dengan langkah yang longlai, Erna mendapatkan
Emir. Menteramkan emosi si kecil yang sudah makin membesar.
“Shhyy... jangan nangis
sayang. Ayah bukan marah Emir...”
Erna mula
berfikir sedalamnya. Mencari punca sikap Erfan yang mula berubah. Yang menjadi
persoalan ialah, kenapa berulang kali nama Sahila yang dibangkitkan?
***
Sudah dua hari mereka
tidak bercakap sesama sendiri. Entah apa yang silap. Semuanya mula kelihatan
tak kena. Erna masih cuba menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri.
Erfan pula langsung tak bercakap. Malah gemar pulang lewat malam. Ketika itu
Erna dan Emir sudah pun dibuai mimpi. Mungkin mengelak dari bertembung pandang
dengannya.
Usai menyusukan Emir, Erna
kembali ke kamar utama. Memang dia boleh melarikan diri dari cengkaman Erfan.
Tapi atas gelaran seorang isteri, dia beralah. Cuba untuk taat walaupun hidup
diselebungi ketakutan.
Semalam kakinya laju ingin
menyerang Fareeq. Ingin ditampar mulut celupar yang telah meranapkan kepercayaan
Erfan pada dirinya. Tapi hasratnya tidak kesampaian apabila lelaki itu
outstation selama tiga hari.
Untuk mengelakkan rasa
mengantuk, Erna menunaikan solat hajat. Dia mahu berbincang dengan Erfan.
Sejauh mana dia ingin membiarkan kesunyian mengisi kekosongan di dalam rumah
tangganya.
Selepas itu, mata Erna
merenung diari Rifqi. Air mata Erna menitis setitik
demi setitik di atas diari hijau milik Rifqi.
“Rifqi...
kenapa susah sangat aku nak bahagia? Di saat aku sudah boleh menerima dia dalam
hidup aku... Kenapa aku diduga lagi?”
Diari
itu mula diletak ke tepi. Telekung yang membaluti tubuhnya mula ditarik. Terasa
hilang beban hati tatkala jiwa merintih menunduk pada Yang Maha Esa. Erna mula
munasabah dirinya. Pasti ada hikmah di sebalik kisah yang tersingkap. Hati yang terluka ini perlu mendapatkan ubatnya.
“Siapa
Rifqi?” Suara itu membuatkan Erna berpaling sembilan puluh darjah!
Rahang
Erna terus terjatuh apabila tangan Erfan sedang memegang diari hijau itu. Mata
dan tangan lelaki itu kelihatan rakus menggeledah contengan pena di dalam
diari.
“Dia
kawan saya Erfan... Tolong... Tolong pulang balik diari tu..” Kalau dia perlu melutut
dan merayu, Erna pasti akan melakukannya. Tapi tolong jangan apa-apakan diari
tersebut.
“Kawan
ke kekasih? Oh, jadi dialah yang kau puja siang dan malam tu... Eh, kau
sekarang dah jadi bini aku! Kau tak boleh ingatkan lelaki lain!”
“Erfan...
Dia kawan baik saya... Lagipun dia dah tak ada.. Tolong.. Tolong pulangkan
balik diari tu. Saya merayu dengan awak!”
“Aku tak
suka kau terus hidup dalam kenangan... Jadi....” Perlahan-lahan tangan Erfan
menarik sehelai demi sehelai diari tersebut.
“Erfan....
Erfan... tolong jangan buat macam ni.. Saya sanggup buat apa sahaja demi awak..
Tapi tolong jangan rosakkan diari Rifqi.. Tolong Erfan.. Saya merayu dengan
awak...” Kalau tadi hatinya disiat-siat, kini hatinya bagai dikisar lumat. Tak
tergambar perasaannya apabila melihat Erfan menarik helaian kedua.
“Aku
benci bila ada benda yang lebih penting dari aku sendiri... Aku tak suka kalau
perhatian kau teralih!” Tengking Erfan kuat!
Tanpa
berfikir panjang lagi, terus Erna berlari untuk merampas diari hijau Rifqi.
Mereka mula bergelut sesama sendiri untuk mendapatkan diari hijau itu. Tangan
Erfan laju mengoyakkan satu demi satu helaian diari tersebut.
“Erfan..
tolong... tolong jangan buat macam ni... arghh...” Teresak-esak Erna menangis
namun sekalipun tak diendahkan oleh Erfan. Lelaki itu bagai hilang kewarasan!
“Aku
benci kau Sahila! Aku benci kau...” Untuk kesekian kalinya, nama Sahila kembali
terpancul keluar dari mulut Erfan. Erfan mula mengoyakkan diari tersebut dengan
rakus.
“Erfan,
jangan...jangan... tolonglah...” Cuba ditarik lengan suaminya itu. Namun
tolakan kasar dari Erfan membuatkan dahinya terhantuk di bucu meja.
Erfan
tergamam. Memandang tangan yang menolak isterinya tadi.
“Erna...
Saya minta maaf... Saya tak sengaja. Saya tak bermaksud nak lukakan awak.”
Sekelip mata sahaja Erfan sudah bertukar watak.
Cecair
pekat bewarna merah mula keluar dari dahi Erna.
“Awak
kejam! Awak kejam!” Jerit Erna kuat sambil menolak tubuh Erfan. Namun sekuat
mana dia menolak, hanya tubuhnya sahaja yang bergerak. Tidak dipedulikan luka
di dahinya. Hatinya sudah cukup sebal melihat cebisan kertas yang berterbangan
di atas lantai rumah. Segalanya sudah bersepai!
Dia
menunggu kepulangan Erfan untuk berbincang. Bukan untuk menghadapi situasi
genting seperti ini. Dimana sikap keprihatinan Erfan?
“Aku
sayangkan kau.... Aku buat semua ni sebab aku sayangkan kau...” Jelas Erfan
dengan suara yang merintih.
“Sayang
ini akan membunuh awak Erfan... Sayang awak ni akan membunuh hubungan kita..”
Badan
Erna sudah bersandar di dinding rumah. Luka yang berdarah itu sengaja dibiarkan
kerana luka di hati lebih berdarah dan bernanah! Hatinya terlalu sakit. Sakit
yang tak mampu untuk digambarkan.
“Saya
minta maaf Erna...” Menggigil tangan Erfan ketika mengelap darah milik Erna.
Sungguh, dia memang tidak sengaja untuk melukakan isterinya.
Terus
Erfan berlari ke almari bilik. Mengeluarkan first aid. Dicuci luka isterinya
dengan penuh hati-hati. Sekali lagi dia gagal melawan kemarahannya. Dia tahu
yang Erna bakal membenci dirinya. Tapi dia sendiri keliru kenapa dia tegar
memperlakukan Erna sebegitu rupa!
Erna
hanya membiarkan. Jauh sekali hendak menghalang. Matanya hanya merenung
sisa-sisa kertas yang bergelimpangan di atas lantai. Rasa sakit hati, kecewa,
terluka... semuanya bergumpal dengan sebati.
“Saya
mintak maaf...” Dipeluk tubuh isterinya yang kaku.
‘Apa yang terjadi pada kau nih? kenapa kau
tegar melukakan dia? Cuba kau tenung wajah dia... Pada wajah Erna, tiada tanda
dia berdosa... Kalau kau terus begini, layakkan suami seperti kau beriringan
dengannya di Syurga kelak?’ Hatinya saling berperang dengan akal fikiran.
Penuh kusut dan serabut!
***
Pagi
itu, sewaktu bangun dari tidur, kepala Erna terasa sungguh berat! Mungkin kesan
dari hantukan di kepalanya. Erfan pula sejak semalam telah menghilang entah
kemana. Erna sendiri sudah malas untuk
ambil peduli. Badan yang tidak bermaya itu tetap digagahkan demi Emir yang
sedang menangis itu. Mungkin dahaga gamaknya.
Kalau
ikutkan hatinya, mahu sahaja dia angkat kaki. Tak guna untuk terus bersama
dengan seorang lelaki yang panas baran macam Erfan! Dia tak betah bersabar
dengan karenah Erfan lagi. Namun bila mengenangkan Emir, dia jadi keliru.
‘Kenapa
pulak aku kena kasihankan Emir? Emir bukan anak aku... Pandai-pandailah Erfan
fikir pasal anaknya ini!’ Fikir Erna sendiri. Namun segenap hatinya memang
melarang untuk dia mementingkan diri sendiri.
“Apa yang
ibu nak buat ni Emir?” Sambil menyusukan Emir, bibirnya mula bertanya. Sungguh,
melihat si comel yang membesar dan makin membulat itu membuatkan Erna jadi tak
sampai hati.
Bunyi
loceng yang berbunyi membuatkan Erna tersentak! Siapa pula yang datang di awal
pagi ini?
Perlahan-lahan
dia mula meletakkan Emir. Kakinya dibawa ke tingkat bawah. Pabila terpandangkan
kereta Audi Q5 milik Adelia, barulah dia berani untuk membuka pintu.
“Erfan
mana?” Tanya Adelia apabila kakinya melangkah masuk ke dalam rumah.
“Erfan
kerja.” Tipu Erna.
“Risau
pulak akak bila kata kamu demam...Kalau tak larat, akak boleh jagakan Emir.”
“Saya
okay je kak...” Pagi tadi memang dia ada menelefon Adelia. Mengkhabarkan pada
kakak Erfan itu yang dia tidak sihat. Tidak mahu jika Adelia tertunggu-tunggu
kelibat mereka memandangkan Emir berada di bawah jagaan Adelia ketika mereka
berkerja.
“Eh,
kenapa dengan dahi kamu?” Tanya Adelia sedikit terkejut.
“Erk...
oh.. semalam terhantuk dekat bucu meja. Akak duduk kejap ya, saya pergi buat
air.”
Baru
sahaja dia hendak bangun, lengannya ditahan oleh Adelia.
“Erfan
yang buat ke?”
“Eh, tak
adalah... Terhantuklah.” Memang luka ini berpunca dari Erfan namun Erfan
sekalipun tidak membelasah dirinya. Memang Erfan mengangkat tinggi tangannya, namun
lelaki itu masih tidak menyentuh kulitnya. Cuma penderitaan mental yang
dilakukan oleh Erfan!
“Jangan
tipu akak... Kenapa pulak mata kamu bengkak?”
“Lah...
saya kan tak sihat. Muka orang tak sihat macam nilah...” Entah berjaya atau
tidak pembohongannya. Namun apa yang pasti, seorang isteri itu harus melindungi
maruah seorang suami walau seburuk mana pun seorang suami.
“Jangan tipu akak Erna..” Desak Adelia lagi.
Akhirnya
perlahan-lahan Erna melepaskan keluhan. Bibirnya diketap! Tak tahu hendak bermula
dari mana.
“Erfan
dah jauh berubah.... dia...dia macam cemburu sangat. Setiap kali kami bergaduh,
mesti nama Sahila yang dia bangkitkan! Sebenarnya apa yang terjadi antara
Sahila dan Erfan dulu?” Tidak dapat ditahan lagi, persoalan ini perlu diutarakan.
Sampai bila dia hendak terfikir-fikir sendiri penyebabnya.
Adelia
diam. Sebenarnya dia sudah berjanji pada Erfan untuk merahsiakan hal ini. Tapi
nampaknya, rahsia ini tak akan membawa kebahagiaan kepada sesiapa pun.
“Sahila
adalah seorang wanita yang sangat Erfan cintai. Bertahun lamanya mereka
menyemai cinta. Dari bumi Malaysia hinggalah ke bumi Australia apabila mereka
sama-sama menyambung belajar di sana. Tapi satu hari, Sahila tertangkap. Dia
curang dengan Erfan...”
Penerangan
Adelia itu sudah diduga oleh Erna. Padanlah Erfan nampak tertekan.
“Jadi
mereka bercerai?”
Adelia
tersenyum sedikit menyambut soalan Erna. “Dia orang tak bercerai..sebab... dia
orang tak pernah berkahwin!”
Namun
kali ini kata-kata Adelia berjaya membuatkan Erna terperanjat.
“Erfan
tak kahwin dengan Sahila? Habis tu Emir?”
“Yup...
Erfan tak pernah berkahwin dengan Sahila. Emir adalah anak luar nikah
Sahila...” Bergegar dada Erna menyambut penerangan Adelia. Emir anak luar
nikah?
“Jadi
Erfan bukan duda?”
“Erfan
anak teruna Erna... Dia tak pernah berkahwin sebelum ni.”
“Habis
tu kenapa dia mengaku dia duda? Kenapa akak tak terang pada saya awal-awal?”
Erna mula rasa tertipu. Apa tujuan Adelia dan Erfan merahsiakan semua ini?
“Erfan
suruh akak rahsiakan perkara ini dari sesiapa pun... Kalau ada orang tanya Emir
siapa, dia akan mengaku yang Emir anak dia. Sebab apa, dia tak mahu Emir malu
atau rendah diri jika Emir tahu yang dia anak luar nikah.” Jelas Adelia lagi.
Dia tahu, pasti Erna terkejut dengan semua ini. Sebagai seorang isteri, Erna
memang perlu tahu semua ini.
“Kenapa
Erfan yang jaga Emir? Mana Sahila?”
“Sahila
dah meninggal... Pada mulanya Emir diserahkan kepada keluarga Sahila, tapi tak
ada seorang pun yang mahu menerima Emir. Erfan jatuh kesian. Dia sedar yang
Emir tak bersalah dalam hal ini. Walaupun dia benci pada Sahila, tapi dia tetap
ingin membesarkan Emir.”
Rasa
kagum mula mampi perlahan demi perlahan. Jadi Erfan sudah terlalu terluka
dahulu. Kerana itu dia mula bersikap pesimis dan kalah dengan sikap cemburunya.
Mungkin dia takut kalau-kalau peristiwa lama berulang kembali.
“Maafkan
Erfan.... Dulu dia tak macam tu... Kalau betul dia kejam, mesti dia tak akan
jaga Emir. Mungkin ada sesuatu yang mengganggu fikiran dia. Akak agak yang
Erfan mungkin trauma!”
“Trauma?”
“Yup...
trauma kalau peristiwa lama berulang kembali. Dia tak mahu kalau Erna berlaku
curang macam yang Sahila lakukan. Berulang kali Erfan maafkan Sahila... Bila
sampai satu ketika, dia dah tak mampu menerima Sahila lagi bila wanita itu dah
mengandung. Erfan terlalu terluka dahulu Erna.... Rasa sakit dan trauma itu dia
rasa sampai sekarang!”
Melihat
tiada sebarang respon dari Erna, Adelia kembali bersuara.
“Akak
tahu... Kamu pun pernah ada seseorang yang istimewa dalam hidup kamu. Tapi sekurang-kurangnnya,
dia tak meninggalkan kesan yang pahit untuk kamu kenang. Tapi Erfan.....”
Kata-katanya terhenti. Dia mula naik sebak. Takut jika Erna hendak meninggalkan
Erfan.
“Akak....
Terima kasih kerana ceritakan semua ini pada saya.” Kalau Adelia tak datang,
kalau Adelia tak buka mulut, pasti dia akan bertindak untuk meninggalkan Erfan.
Tapi sekarang, apa yang dia rasa ialah rasa lega. Sekurang-kurangnya Erfan tak
gila macam Fareeq. Perangai Erfan berubah hanya disebabkan lelaki itu trauma.
“Kamu tak
akan tinggalkan Efran kan?”
Erna
ketawa mendengar soalan kakak iparnya itu. “Erna isteri Erfan... Tempat seorang
isteri hanyalah disamping seorang suami. Bukan rumah tangga namanya andai saya
hanya mampu menerima kelebihan tapi bukan kekurangan. Apa yang Erfan kurang,
biarlah ditampal dengan kelebihan saya....”
Terus
dipeluk erat tubuh adik iparnya. Nampaknya, Erfan tidak salah memilih isteri.
‘Ya Allah, selamatkanlah rumah tangga adikku.’
***
Tangan kanan Erna laju memainkan tetikus. Mengklik
google untuk membantu memulakan proses rawatan. Trauma itu nampak mudah dan
biasa. Namun trauma sebenarnya merupakan satu penyakit yang digelar Posttraumatic Stress
Disorder.
Posttraumatic stress disorder adalah kecelaruan emosi berpanjangan yang berlaku selepas seseorang berhadapan dengan sesuatu tragedi di dalam kehidupan mereka. Trauma ini sangat menakutkan, mengancam nyawa dan merbahaya kepada individu atau keluarga individu itu sendiri.
Posttraumatic stress disorder adalah kecelaruan emosi berpanjangan yang berlaku selepas seseorang berhadapan dengan sesuatu tragedi di dalam kehidupan mereka. Trauma ini sangat menakutkan, mengancam nyawa dan merbahaya kepada individu atau keluarga individu itu sendiri.
Mata Erna mula
membaca satu demi satu penerangan yang dicari di dalam internet itu.
Antara kriteria PTSD
ialah melalui pendedahan, merasai kembali, mudah terkejut dan resah dan juga
ingin mengelak perkara yang berkaitan dengan trauma.
- Pendedahan (Exposure) terhadap trauma. Pendedahan ini melibatkan individu tersebut berhadapan secara langsung atau tidak langsung (seperti menyaksikannya sahaja) trauma tersebut.
- Merasai kembali (Re-experience) trauma. Individu tersebut merasai kembali seolah-olah trauma tersebut berlaku kembali terhadap dirinya. Ini termasuk mempunyai mimpi ngeri trauma, atau flashback tentang trauma sentiasa menyelubunginya.
- Mudah terkejut dan resah (Hyperarousal). Individu menjadi mudah terkejut dengan sebarang perkara yang barkaitan dengan trauma, tersentuh dan resah gelisah, mula menjauhkan diri dari orang lain, cepat marah, susah tidur dan boleh mendapat anxiety dan kemurungan.
- Mengelak perkara berkaitan trauma ( Avoidance). Individu tersebut sedaya upaya tidak mahu mengingati apa-apa perkara yang berkaitan dengan trauma. Contohnya, jika PTSD berlaku selepas kemalangan jalan raya, individu itu cuba mengelak menaiki kenderaan, tidak melalui kawasan kemalangan dll.
Apa berlaku jika PTSD tidak dirawat?
50% pesakit PTSD boleh mendapat kemurungan dan ini boleh mendedahkan mereka kepada perasaan ingin bunuh diri.
50% pesakit PTSD terlibat dengan ketagihan alcohol atau dadah seperti ubat tidur untuk menghilangkan kerisauan dan mengatasi masalah tidur mereka.
Lama Erna merenung skrin
laptopnya. Besar risiko yang perlu ditanggung jika trauma yang dihadapi oleh
Erfan tidak dirawat. Pesakit yang mengalami trauma tidak perlu dimasukkan ke
dalam hospital. Mereka hanya perlu diberi rawatan dari segi prinsip
biopsikososial dan spiritual. Antara kaedahnya ialah menggunakan rawatan
psikososial.
Cara-caranya adalah seperti:
- Berbincang cara penyelesaian masalah (problem solving technique)
- Berbincang cara meluahkan dan menangani kemarahan (anger management)
- Berbincang cara terbaik menangani stress (stress management & coping skill)
Erna mula mencuri nafas. Dia
perlu melakukan sesuatu untuk menyelamatkan rumah tangganya. Bukan kehendak
Erfan untuk trauma dengan kisah silamnya, ini semua ketentuan Allah. Allah
menduga kerana dia percaya pada kemampuan manusia.
***
Semalam dia memikirkan sikapnya
pada Erna. Dia tahu, rumah tangganya goyang kerana sikapnya sendiri. Seharian
dia tidak boleh fokus di pejabat. Ingatan hanya tertumpu pada Erna. Dia tahu
yang Rifqi telah meninggal. Jadi kenapa dia perlu cemburu membabi buta!
Mata yang kuyu dan layu itu mula
membesar apabila melihat Erna sedang mengemas baju. Isterinya itu sedang
memasukkan baju-bajunya ke dalam luggage.
“Erna... Erna please maafkan
saya... Saya tahu saya banyak buat salah! Saya tahu saya dah lukakan hati
awak... Tapi tolong.. tolong jangan tinggalkan saya.” Rayu Erfan sambil memeluk
pinggang isterinya dengan kemas.
Dadanya bukan dah tahap pecah
tapi dah jadi berderai.
Erna yang terkejut terus
tersenyum. Nampaknya suaminya itu sudah salah faham. Perlahan-lahan dileraikan
tangan Erfan. Badannya mula dipusingkan. Matanya terkesima saat melihat wajah
si suami yang penuh dengan air mata.
‘Ya Allah... Kasihan Erfan..
Pasti semua ini meninggalkan kesan yang begitu menyakitkan apabila terpaksa
berperang dengan perasaan sendiri!’
“Tolong.... tolong jangan
tinggalkan saya...”
“Siapa yang nak tinggalkan awak?”
Kening Erna turut terangkat bersama senyuman yang tersungging di bibir.
“Habis tu? Luggage ni?”
“Bahasa normalnya, nak pergi
bercuti...” Jawab Erna sambil mengerling bagasi besar yang terdampar di atas
katil.
“Bahasa tak normal?”
Erna ketawa mendengar soalan
suaminya.
Perlahan-lahan didekatkan
mulutnya di telinga Erfan. “Bahasa tak normal dipanggil honeymoon...” Erna malu
sebenarnya. Tersangat malu untuk bersikap luar dari kebiasaannya. Dia bukan
daring sangat untuk menggoda si suami!
Namun apabila mengenangkan yang
dia perlu untuk melakukan treatment ini untuk menyembuhkan Erfan, dia sanggup
melakukan apa sahaja. Rasa luka yang tersarung di hati segera dibuang jauh.
“Honeymoon?” Tanya Erfan tak
percaya. Bukankah semalam mereka berdua bergaduh besar? Kenapa tiba-tiba Erna
berubah seperti ini?
“Yup... Sepanjang hampir empat
bulan kita kahwin, kita tak pernah pergi honeymoon kan... Jadi, Erna nak ajak
awak bercuti ke Pulau Redang.” Tangan Erna mula menyambung kerjanya yang
tergendala tadi.
“Erna... awak.. awak nak
tinggalkan saya lepas kita balik dari honeymoon ke?”
Soalan Erfan membuatkan Erna
berpaling. Dicapai kedua belah tangan suaminya. Malah dia mula mengarahkan
Erfan untuk duduk di birai katil. Dengan perasaan malu yang menebal, dia duduk
di atas riba. Sungguh dadanya bergegar skala gempa bumi. Tapi dia mahu skill
komunikasi mereka dipertingkatkan lagi. Tak mahu Erfan terus berprasangka.
“Awak ingat ni cerita tangisan
bulan madu ke?” Lengannya mula merangkul tengkuk Erfan. Dia tidak percaya yang
dia diberikan keberanian untuk melakukan semua ini. Mungkin Allah memberi
pertunjuk untuk dia terus menyelamatkan rumah tangganya.
“Awak nampak sangat pelik Erna...
Saya....”
Kata-kata Erfan terhenti saat
bibir Erna menyentuh bibirnya. Dia pulak yang naik gerun apabila melihat Erna
seolah-olah sedang cuba untuk menggodanya.
“Awak ambil cuti ya Isnin
nanti.... Saya nak.... sambung.. mengemas..” Terus Erna bangun dari ribaan
Erfan. Muka Erfan sikit pun tak dipandang. Malu tahap gaban!
“Opps... kita tak bawa Emir tau.
Saya dah suruh Kak Delia tolong jagakan..” Jelas Erna lagi.
Apabila melihat si suami begitu
ralit melihatnya tanpa kerlip, Erna mula mencapai tuala dan dihulurkan kepada
Erfan. “Awak pergi mandi dulu... Nanti kita solat jemaah sama-sama. Eh, awak nak
makan apa malam ni? Nanti saya masakkan...”
Erfan tidak tahu apa yang Erna
hendak lakukan. Dia takut jika ini semua hanya taktik Erna untuk meninggalkan
dirinya. Perlahan ditarik Erna ke dalam pelukan. “Janggan tinggalkan saya....”
Erna membalas pelukan suaminya.
Jelas riak ketakutan di dalam mata Erfan yang berkaca itu. “Saya tak akan
tinggalkan awak...”
Erna mula sedar yang selama dia
berkahwin dengan Erfan, dia jarang mengungkapkan rasa sayang dan cinta. Terlupa
bahawa perkahwinan memerlukan semua itu. Kenangan bersama Rifqi akan tersemat
buat selamanya. Namun Rifqi tak mampu untuk mengambil tempat Erfan sebagai
seorang suami. Ada hikmah dalam setiap mehnah ujian. Secara tidak langsung,
ujian adalah teguran dari Allah. Mengajar kita untuk memperbaiki kekurangan
diri.
***
“Saya tak boleh bersama awak lagi Erfan...
Saya dah fed up dengan perangai kaki pukul awak ni. Sesuka hati awak perlakukan
saya macam binatang selepas itu begitu mudah awak hendak membasuh dengan
perkataan maaf!”
Bulan
madu yang sepatutnya menjadi kenangan buat mereka mula dipalit duka apabila
Erfan mula menggila dengan panas barannya.
“Erna...
Jangan tinggalkan saya... Erna jangan... Saya cintakan awak...”
“Tapi
saya tak cintakan awak! Saya benci awak Erfan... Saya benci...!!” Jerit Erna
lantang.
“Erna...!”
Jerit Erfan sambil mula bangun dari pembaringan. Dadanya berombak besar. Mimpi
ini terlalu menakutkan. Teramat mengilukan hati. Matanya singgah di sisi katil
yang kosong.
‘Ya
Allah, adakah Erna benar-benar meninggalkan aku?’ Selimut yang melingkari badan
mula ditolak ke tepi. Kakinya dibawa laju ke muka pintu. Terkial-kial dia
hendak membuka pintu bilik hotel ini.
“Erfan....”
Panggilan itu membuatkan Erfan berpaling. Melihat si isteri yang baru keluar
dari bilik air. Terus dipeluk erat tubuh Erna. Dikucup segenap wajah Erna untuk
menghilangkan debar di hati. Sungguh, dia tidak kuat untuk kehilangan Erna.
“Syhhh.....
Saya adalah... Saya tak pergi mana-mana...” Dapat dirasa degup jantung Erfan
yang berdegup kencang. Diusap belakang badan suaminya. Menghilangkan serangan
mimpi ngeri yang memang banyak dihadapi oleh pesakit PTSD.
Perlahan-lahan
Erna mula mengarahkan Erfan agar berbaring di pehanya. Dikerling jam di
dinding. Baru sahaja mencapai angka lima setengah pagi. Diusap lembut kepala
Erfan. Dia mahu Erfan selesa berada di sampingnya.
Bibir
Erna mula terkumat-kamit membaca surah Taha ayat 1-5. Fadhilat surah Taha
ialah, ia dapat melembutkan hati. Perlahan-lahan dia mula menghembuskan ke
telinga Erfan. Berharap agar Allah melembutkan hati suaminya dalam melayan
amarah.
Erna ingat lagi melalui sebuah
pembacaannya. Menurut
ahli sejarah Islam, semasa Saidina Umar dalam perjalanan untuk membunuh
Rasulullah s.a.w., beliau bertembung dengan seseorang yang mengatakan bahawa
beliau haruslah membunuh adik perempuannya dahulu memandangkan adiknya telah
memeluk Islam.
Saidina Umar pergi ke rumah adiknya dan mendapati adiknya
sedang membaca Al-Quran. Dalam keadaan yang marah dan kecewa beliau memukul
adiknya. Apabila melihat adiknya berdarah, beliau meminta maaf dan sebagai
balasan beliau akan membaca secebis ayat Al Quran kepada adiknya. Beliau berasa
terharu apabila membaca dan mendengar ayat-ayat Al Quran yang begitu indah
sehinggakan beliau memeluk Islam pada hari itu juga. Itulah kelebihan Surah
Taha yang dibaca oleh beliau. Surah Taha inilah yang dapat melembutkan hati
Saidina Umar Ak-Khattab r.a yang keras.
Jadi tak mustahil jika surah ini dapat melembutkan hati si
suami yang mudah bertukar menjadi panas baran ini.
“Apa
yang awak takutkan? Hmm...” Tanya Erna memecah kebisuan.
“Dia
pernah tinggalkan saya....”
“Tapi
saya dan dia tak sama Erfan...” Lembut suara Erna. Cuba meletakkan perbezaan
antara kisahnya dahulu dan kisah hidup mereka sekarang.
“Saya
tahu.... Tapi saya takut...” Air mata Erfan mengalir. Entah kenapa dia rasa
terlalu takut. Takut untuk kehilangan seseorang yang pernah dia sayang.
“Siapa
dia tu?” Erna memberanikan diri untuk bertanya lagi.
“Sahila...”
Nampaknya Erfan sudah menunjukkan tanda untuk bercerita.
“Saya
terlalu cintakan dia Erna... Saya mengorbankan segala-galanya untuk dia. Tapi
dia curang dengan saya! Dia cakap dia cintakan saya, tapi dia tergamak bersama
dengan lelaki lain!”
Erna
senyap. Memberi peluang untuk Erfan meluahkan rasa hatinya.
“Kerana
sayang, saya maafkan dia bila dia merayu untuk pulang ke pangkuan saya. Tapi
bila kejadian tu dah berulang sampai lima kali, saya dah mula fed up! Apatah
lagi bila mengetahui yang dia mengandung anak luar nikah!”
Erfan
mula bangun. Menatap bening mata isterinya. Entah kenapa mulutnya terasa laju
untuk berkongsi perasaaan pedih ini.
“Maafkan
saya Erna..... Saya bukan duda....” Akui Erfan lagi. Dia tidak mahu ada
sebarang rahsia yang menjarakkan hubungan mereka lagi.
Erfan
mula bercerita tentang kisahnya bersama Sahila dahulu. Kisah cinta yang
diakhiri dengan luka yang mendalam. Kisah seorang lelaki setia yang sudah
dirobekkan hatinya. Erna yang mendengar pula yang naik sedih. Hakikatnya,
mereka sama-sama mempunyai masa silam
yang begitu perit. Cuma keadaan yang membezakan mereka.
“Maaf
sebab saya selalu menyakitkan awak...Saya tahu saya pernah tengking awak bila
awak pegang barang-barang Sahila. Itu bukan sebab saya sayangkan barang Sahila,
tapi sebab saya tak mahu perangai buruk dia melekat pada awak... dan maaf sebab
saya sanggup....” Jiwa Erfan sebak. Tak berdaya untuk mengingati peristiwa yang
lepas dimana dia sanggup memaksa Erna untuk bersama dengannya malam itu.
Erna
menutup mulut Erfan. Dia tak mahu Erfan mengembalikan kenangan pahit itu.
Mereka berdua perlu sama-sama mengayuh nahkoda perkahwinan ini. Jangan
berpaling ke belakang lagi.
“Perkara
dah lepas tak perlu diingat lagi... Hmm, subuh dah masuk ni, kita solat
sama-sama ya. Lepas ni, saya nak bawak awak pergi satu tempat!”
Senyuman
tidak lepas dari ruang wajah. Bersyukur kerana Allah membuka ruang hatinya
untuk memberi peluang kepada Erfan.
***
Pasangan suami isteri itu
berpegang tangan menyusuri tepian pantai walaupun hari masih gelap kerana jam
baru menunjukkan pukul enam setengah pagi. Erna merenung sedikit si suami yang nampak
tenang itu.
Hidup ini macam permainan catur. Ada
pelbagai watak, peranan, kelebihan dan kekurangan. Ada yang jalan setapak,
pantang berundur. Ada yang jalan belok-belok, boleh langkah. Ada yang jalan tegak. Ada yang menyerong. Ada yang bebas tapi tak
boleh langkah. Warna hitam atau
putih bukan ukuran yang menentukan siapa menang ataupun kalah. Kebijaksanaan
dan strategi mempunyai pengaruh paling kuat, manakala kecuaian pula mengundang
padah. Begitu juga dengan perkahwinan. Bukan mudah untuk dua orang yang
berlainan karakter berkongsi hidup yang sama.
Perjalanan mereka terhenti di bahagian bongkah
batu yang terdapat di tepi pantai. Perlahan-lahan Erfan membantu si isteri
untuk naik ke atas batu besar. Angin pantai yang menderu untuk melayukan jiwa
membuatkan Erfan mengeratkan pelukan.
“Sometimes we just have to let go of someone who
matters to us not because we want to… but because we have to. Because it’s the right thing to do..” Suara
Erna mula memecah kebisuan.
“Apa maksud awak?”
“Kita
kena lepaskan... apa yang pernah menjadi milik kita dulu.”
“Apa
dia?”
“Kenangan....”
Erfan
diam. Tidak memberi sebarang reaksi.
“Sometimes
we hang on. Even if we should really let go.. Because sometimes the right
things doesn't always give us the right feelings.. Macam tu jugak dengan apa
yang kita rasa. Kita sama-sama ada kenangan silam. Sudah tiba masanya kita
keluar dari kenangan itu….”
“Erna
masih ingatkan Rifqi?” Tanpa sedar,
soalan itu keluar dari mulut Erfan. Teringat kembali peristiwa di mana dia
mengoyakkan diari milik Rifqi itu. Masa itu, dia memang nampak yang Erna kecewa
dengan sikapnya.
“Hampir dua puluh tahun kami kenal Erfan... Tak
semudah itu untuk saya melupakan dia..” Wajah Erfan mula berubah tatkala
telinga menampan kata-kata isterinya. Cemburu menapak lagi.
“Erfan.... saya kenal
korang berdua dalam dua keadaan yang berbeza. Jadi, saya tak akan menyintai
awak dan arwah dalam masa yang sama. Dia kenangan lama saya... Seseorang yang
pernah singgah dalam hidup saya. Awak suami saya. Masa depan saya. Kebahagiaan
saya.”
Tangannya yang sudah beku
itu mula dibawa ke pipi suami. Dia mahu Erfan tahu yang dia teramat memaknakan
kata-katanya.
“Awak cintakan saya?” Mata
mereka sudah saling merenung pandang. Wajah Erfan begitu mengharapkan
jawapannya.
“Action speaks louder than
words kan...” Arghhh, malu pula bila hendak meluahkan perasaan ini.
“Jadi kena buat actionlah
ya...” Bisik Erfan nakal.
“Uish... tempat awam ni.
Mana boleh!”
“Saya dah sejuk ni... Jom
balik bilik.” Usik Erfan lagi. Lega rasanya hati ini bila dapat meluahkan apa
yang selama ini terbuku. Mujur sahaja si isteri bijak membaca dirinya. Jika
tidak, mungkin rumah tangganya sudah hancur.
“Kejaplah... Kita baru
sampai kan...” Dapat dirasa kekemasan pelukan Erfan. Mujur je pagi-pagi ni
orang tak keluar lagi.
“Kita tunggu apa
sebenarnya?” Tanya Erfan pelik. Macam orang tak betul je duduk berembun
pagi-pagi ini di tepian pantai ini. Kalau duduk dalam bilik, mungkin banyak
‘kerja’ yang boleh buat.
“Hah.... kita tunggu
tu...” Tangan Erna ditala ke hujung kaki langit melihat matahari yang baru
terbit!
Mereka sama-sama melopong
dan melihat keagungngan kebesaran Allah. Subhanallah. Cantik sangat!
“Every sunset give us one day
less to live but every sunrise give us one day more to hope.... Harapan untuk
kita terus berbahagia...” Luah Erna sambil memejamkan mata.
Erfan merenung ke arah
isterinya.
“Bagi abang, sayang adalah
bulan yang menerangi malam abang yang kegelapan...”
Mata Erna sedikit
membulat. Bukan ayat jiwa yang menyentuh hatinya. Tapi gelaran abang dan sayang
itu.
“Abang?”
“Yup...”
“Why suddenly?”
“Sebab
hubungan kita adalah pasangan suami isteri. Tinggi darjat seorang isteri di
sisi suami... Kita gunakan panggilan ‘awak’ dan ‘saya’ itu untuk semua orang.
Jadi apa istimewanya hubungan kita?” Kening Erfan diangkat sedikit.
Senyuman
sudah merekah di wajah Erna. Terharu! “Tolong... tolong peluk saya kejap!”
“Bukan
setakat peluk, lebih dari peluk pun abang boleh bagi.” Usik Erfan nakal sambil
tetap memeluk isterinya erat. Menggambarkan rasa kasih yang tak berhenti
berkunjung.
***
Tengah
hari itu, Erna mengatur satu pertemuan bersama Fareeq. Memang sengaja dia
mengajak Fareeq untuk makan tengah hari bersama. Boleh nampak senyuman Fareeq
yang melebar hingga ke telinga itu.
“Erna
nak makan cheese cake? Nak New York Chesecake ke or Oreo Cheese cake?” Tanya
Fareeq penuh semangat.
“Erna
datang bukan untuk makan..” Terhenti pergerakan Fareeq yang sedang menyelak helaian
menu itu.
“Habis
tu?”
“Apa
yang abang expect dalam pertemuan kita ni? Abang harap yang rumah tangga saya
akan hancur ke dan saya akan kembali pada abang? Macam tu ke?” Sinis soalan
Erna. Menyentap jantung milik Fareeq.
“Abang
tahu Erna tak bahagia...sebab itu abang buat semua tu.” Tangan Fareeq mula
menyambar tangan Erna. Tika ini, dia hanya hendak membayangkan saat-saat indah
untuk bergelar suami Erna.
“Abang
silap! Erfan adalah lelaki yang terbaik untuk Erna. Dia adalah suami yang
sempurna.” Cepat-cepat Erna menarik tangannya. Tidak rela disentuh oleh lelaki
yang bukan mahramnya.
“Erna
tipu! Erna tak cintakan dia!” Bidas Fareeq keras.
“Cinta
tu milik Allah bang. Dia yang layak mencampakkan perasaan tu pada hamba dia.
Dan abang kena ingat, perasaan cinta yang pernah ada juga akan ditarik balik
oleh Dia!”
Fareeq
mendengus tak puas hati.
“Abang....
jangan fikirkan kebahagian Erna. Abang tu pertahankanlah kebahagiaan rumah
tangga abang sendiri. Jangan seksa Kak Sury lagi.” Fareeq perlu bangun dari mimpi.
Hakikatnya, rasa cinta pada Fareeq sudah lama hilang.
“Abang
tak bahagia dengan Sury!”
Mata
Erna mencerlung penuh kecewa. Tapi dia sedar yang orang di belakang Fareeq
pasti lebih kecewa mendengarnya.
Fareeq
pelik melihat respon Erna, mula dapat mengecam sesuatu. Keluhan pendek mula
dilepaskan. Perlahan-lahan lehernya menoleh ke belakang. Terpandangkan raut
wajah isteri yang sedang mengalirkan air mata.
“Maafkan
Sury... Sebab Sury tak sempurna untuk abang... Sury gagal membahagiakan suami
Sury sendiri. Maafkan...Sury...” Seraya itu, dia terus angkat kaki. Selama ini
memang mereka sering bergaduh. Rumah tangganya terasa hambar. Namun dia sebagai
isteri sedaya upaya menyelamatkan bahtera perkahwinan ini. Tapi andai benar
Fareeq sudah tidak lagi menyintainya, jadi biarlah dia pergi jauh dari hidup
Fareeq.
“Abang
memang kejam!”
Terus
Erna angkat kaki. Dia ingin memujuk hati Sury. Dia pernah kecewa dengan
perangai seorang lelaki yang bergelar suami. Jadi dia mengerti kekecewaan yang
menghimpit hati Sury.
Keluar
sahaja dari pintu Secret Resepi, tangannya mula direntap kasar oleh Fareeq.
“Buat apa nak kejar perempuan tu? Dia tu penghalang kebahagian kita!”
Erna
terkesima. Fareeq memang sudah betul-betul GILA!
“Erna
mintak cerai dengan Erfan. Lepas Erna habis tempoh edah, kita kahwin..” Ajak
Fareeq bersungguh-sungguh.
Jari
jemari Erna sudah mula menari di dahi. Sungguh pening kepala melayan karenah
Fareeq yang bagaikan lelaki yang gila talak! Otaknya mula mencerna ayat yang
sesuai untuk smash balik idea Fareeq zaman purba itu.
Namun
darahnya bagai terkena renjatan elektrik melihat lelaki yang berdiri di
hadapannya ini. Mata lelaki itu mendarat di tangan Fareeq yang sedang memegang
lengan kiri Erna. ‘Ya Allah, mati.... Macam mana aku tak perasan..’
Erfan
menggelengkan kepalanya berulang kali. Tanpa pamitan, kakinya terus dihalakan
ke arah kereta.
Erna
mula termanggu-manggu manakala Fareeq sudah tersenyum. Dia yang mesej Erfan
sebentar tadi. Pasti lelaki itu tidak akan mempercayai isterinya lagi. Jadi
mudahlah untuk mereka bersama.
“Nampaknya..
mudahlah Erna nak mintak cerai dengan Erfan nanti.”
Tanpa
ditahan, terus tangan kanan Erna hinggap di muka Fareeq. Kali ini lelaki ini
benar-benar melampau!
“Sekalipun
Erfan menceraikan Erna, Erna tak teringin nak mempersuamikan lelaki dayus macam
abang! Kak Sury tengah mengandung dan abang boleh melamar Erna? Abang
betul-betul dah gila!” Herdik Erna
geram.
“Sury...
Sury... mengandung?” Benarkah apa yang dia dengar ini?
“Ya.....
Kak Sury mengandung. Dia mengandungkan anak abang!”
Fareeq
mula memegang dahinya. Pipi yang terasa pijar tadi terus hilang peritnya.
“Kenapa dia tak beritahu abang?” Sungguh dia rasa nak melompat. Setelah
bertahun menunggu, baru hari ini dia menerima berita baik ini.
“Macam
mana Kak Sury nak beritahu kalau abang tak mahu bercakap dengan dia. Dah tiga
bulan dia mengandung. Abang, pergilah pujuk Kak Sury... Erna tahu... Erna tahu
abang berubah sebab abang teringin nak anak. Sekarang Allah nak makbulkan
permintaan abang. Tak kan abang nak biarkan Kak Sury besarkan zuriat abang
seorang diri.” Kali ini nada suara Erna sudah mula menurun. Nadanya lebih
kepada merayu.
Sebenarnya
acap kali dia bertemu dengan isteri Fareeq itu. Kak Sury sering kali meluahkan
rasa kecewanya kerana perkahwinan mereka masih belum dikurniakan cahaya mata.
Disebabkan hal ini, perangai Fareeq berubah sedikit demi sedikit.
“Erna
abang....” Mulut dan otak sudah tidak mampu menampung bicara. ‘Ya Allah, apa
yang aku dah buat nih?’
“Dah
lah abang... Pergilah pujuk Kak Sury.. Dia tengah mengandung. Dia perlukan
abang...”
“Erkk...
habis tu Erfan macam mana? Macam ni... Apa kata kalau Erna bawak abang jumpa
Erfan. Biar abang yang terangkan keadaan sebenar pada dia.” Fareeq terpanggil
untuk membantu. Semua kecelaruan ini berpunca dari dirinya sendiri. Allah
menjentik keimanannya melalui ujian. Tapi dia nyata goyah dan mula melakukan
kesilapan.
“Tak
apa.. Hal Erfan biar Erna settle sendiri. Abang pergi jumpa Kak Sury dulu.”
Sebenarnya dia pun tak pasti sama ada boleh guna atau tidak ideanya ini. Apa
yang pasti, dia tak mahu melibatkan Fareeq dalam hal rumah tangganya.
“Thanks
Erna and so sorry sebab dah celarukan keadaan....”
“Tak
apa... Abang pergi pujuk Kak Sury...” Arahnya Erna dengan senyuman. Berdoa agar
Allah masih menyelamatkan rumah tangga Fareeq dan Sury.
Dalam
hati, dalam otak, hanya terfikirkan Erfan. ‘Ya Allah, selamatkan rumah
tanggaku.’
***
Erna
tiba di rumah dengan dada yang hendak pecah. Emir yang berada di rumah Adelia
sengaja tidak diambil lagi. Hasrat hati hendak memujuk si suami lagi. Kaki
kanan dibawa masuk berserta ungkapan Bismilillahirrahmanirahim. Sesuatu yang
membawa kebaikan tetapi jika tidak dimulakan dengan Bismillah, pasti tidak akan
mendapat barakahNya.
Usai
itu, mulut mula terkumat-kamit membaca surah Taha ayat satu hingga lima. Memang
surah ini sudah menjadi kelaziman. Apatah lagi bila berhadapan dengan si suami.
“To
Ha (Allah yang mengetahui maksudnya). Tiada Kami (Allah) turunkan kepadamu
al-Quran ini supaya engkau celaka(menyusahkan engkau)! Melainkan untuk menjadi
peringatan bagi orang yang takut. (Al-Quran) yang diturunkan daripada Tuha,
yang menciptakan bumi dan beberapa langit ang tinggi. Tuhan yang Pengasih, di
atas singgahsana Dia bersemayam (berkuasa). Dia mempunyai apa yang ada di
langit dan di bumi serta di antara keduanya dan apa yang ada di bawa
tahan.”Surah Taha ayat 1-5
“Erna!”
Panggilan itu membuatkan kunci dan telefon bimbitnya jatuh berderai di lantai.
Erfan
memandang si isteri dengan riak pelik. Sampai macam tu sekali terkejutnya?
“A...abang....
Erna boleh jelaskan perkara sebenar.”
“Dah
tak ada apa-apa yang perlu diterangkan lagi...”
“Abang....”
Kaki sudah melangkah mendekat walaupun dalam hati penuh dengan ketakutan. ‘Apa
yang kau nak takutkan Erna? Pernah ke Erfan pukul kau? Paling kurang pun dia
tengking jeh!’ Ya, setakat ini Erfan tak pernah pun angkat tangan padanya.
“Mantera
apa yang Erna baca tadi?” Tanya Erfan sambil bercekak pinggang. Erna sendiri
tidak dapat mengenal pasti letak duduk perasaan Erfan. Marah ke, seronok ke, muka
dia tak dapat ditebak!
“Erk...
mana ada baca mantera.”
“Jangan
nak tipu abang... Abang tahu yang Erna selalu baca sesuatu lepas tu selalu
hembus dekat telinga abang. Baik Erna cakap? Erna baca ayat guna-guna ya?”
Rahang
Erna terjatuh.
“Astarfirullahhalazim
abang.... Erna baca surah Tahalah... ayat yang boleh lembutkan hati.”
“Oh...
ayat itulah yang Erna baca siang dan malam lepas tu hembus dekat telinga abang.
Lepas tu Erna curi-curi cium abang kan...” Pinggang isteri ditarik. Hidung
separa mancung milik Erna mula disentuh dengan hidungnya.
“Erk...
mana abang tahu?”
“Sebab
abang belum tidur lagi....”
“Eee...
abang sengaja nak main-mainkan Erna kan!”
“Kenapa
Erna tak hafal surah Taha ayat tiga puluh sembilan?” Tanya Erfan pula.
“Errk...
apa fadhilat ayat ke tiga puluh sembilan tu?”
“Hmm...
elok diamalkan oleh para isteri supaya suami tak kahwin lain.” Erna mencebik tanda menyampah! Cuba ditolak
badan suaminya yang mula mendekat namun hampa kerana perlukan Erfan begitu kemas.
Tiba-tiba dia mula teringat sesuatu.
“Eh,
abang tak marah?”
“Abang
tengah marahlah nih!” Tudung yang bersarung di kepala Erna mula direntap.
“Tapi
tak macam marah pun.... Macam tengah menggoda adalah...” Erna cuba untuk
melawak. Sebenarnya dia double terkejut melihat respon Erfan. Mati-mati dia
ingat yang Erfan akan mengamuk besar. Hmm, nampaknya rawatan psikologi yang
digunakan memberi kesan yang positif.
“Oh
ya eh... So sayang tergodalah ni...” Ada tawa di hujung kata-kata Erfan.
“Abang...
tadi tu...”
“Abang
tak nak dengar.” Celah Erfan sedikit serius.
“Kenapa?”
“Sebab
abang percayakan isteri abang...” Ujar Erfan sambil tersenyum. Setiap malam dia
merenung wajah Erna. Ada cahaya di situ. Bagaikan ada Syurga di wajah isterinya
itu. Jadi dia harus sedar yang Erna dan Sahila adalah dua orang yang berbeza.
Dia tidak harus meletakkan kesalahan Sahila di bahu Erna.
“Erna
sayang abang sangat-sangat.” Dipeluk erat tubuh suaminya. Menggambarkan rasa
cinta yang menggebur di ruang hati.
“Abang
pun sayang busuk abang nihh...tapi kan....” Kata-kata Erfan yang tersekat itu
membuatkan Erna melepaskan pelukan.
“Tapi
apa?”
“Ingat
tak yang sayang ada hutang dengan abang?”
“Hutang
apa?” Berkerut dahi Erna memikirkannya. Setahunya, dia tidak pernah hutang apa-apa
dengan Erfan.
“Hutang
kiss... Kiss yang abang pernah bagi sayang dulu, sayang kena pulangkan balik.”
Mulut
Erna mula melopong. Hutang itu rupanya!
“Ishhh...
Kan Erna selalu ganti.”
“Oh
ya ke?” Erfan mula mengira-ngira sesuatu. “Hmm... sayang baru ganti empat... Abang
dah cium sayang lebih lima puluh kali kot..”
“Alah
abang ni, tu pun nak berkira!” Ditolak dada suaminya. Double mengada betul!
Baru sahaja dia menapak, lengannya mula ditarik oleh si suami.
“Gantikan
yang special one... Abang akan halalkan semua yang hutang-hutang tu.” Erfan
mula membuat tawaran sambil tersenyum nakal.
“Special
one? Macam mana?”
Bibir
Erfan dirapatkan sedikit di telinga Erna. “Teman abang malam ni...” Bibir Erna merekah
dengan senyuman.
“Bukan
setakat malam ini... Erna akan temankan abang buat selamanya...” Mereka
sama-sama tenggelam di dalam tawa kecil.
Perlahan-lahan
Erfan mula melepaskan pelukan. “Abang ada sesuatu untuk Erna.” Botol kaca yang
berada di atas meja itu mula dicapai. Botol kaca yang agak unik itu diserahkan
ke tangan Erna.
“Apa
ni?” Di dalam botol kaca itu terdapat kertas yang berukiran bintang.
“Abang
tahu diari Rafiq begitu berharga buat sayang.... Abang cuba untuk mencantumkan
balik.. Tapi... abang gagal.. abang gagal nak kembalikan diari itu dalam bentuk
asal. Jadi abang buat bentuk bintang dan abang letak dalam botol ni. Mungkin
sayang stay tak boleh baca tulisan arwah... tapi abang harap bintang ni dapat
menyejukkan hati sayang. Again, I’m so sorry...”
Mata
Erna berkaca-kaca. Yup. Memang dia sayangkan diari Rifqi itu. Tapi mungkin ada
baiknya diari itu tiada. Biarlah kenangan lepas hanya singgah di dalam memori
sahaja. Rifqi memang seorang lelaki yang pernah dicintai tetapi Erfan adalah
suaminya. Segala-galanya.
“Abang,
Erna amat hargainya. Erna dah tak perlukan semua itu. Erna hanya nak abang....
Erna hanya perlukan abang.”
Erna
mula mengerti satu perkara. Ketika kita jatuh cinta, jangan berjanji untuk
tidak menyakiti. Tapi berjanjilah untuk tetap bertahan dan bersabar walau apa
pun dugaan yang memerangi jiwa.
You know what is the sweetest time of the day?? It is
when you pray... Why?? Because you are talking to the One who loves you most...
Jadi untuk berbahagia, teruslah berdoa. Allah tahu apa yang tersirat di hati
setiap manusia. Kerana doa dan perasaan meminta-minta adalah jiwa seorang
hamba. Teruslah berdoa…. Berdoa…Berdoa…
Manusia
boleh berubah dari buruk kepada baik. Baik kepada lebih baik. Lebih baik kepada
yang terbaik.... Namun manusia tak akan mampu untuk menjadi sempurna. Terimalah
kekurangannya seperti mana kita mampu menerima kelebihannya.
***TAMAT***
p/s:: ambillah kelebihan yang terhidang.. yang
terkurang itu dari diri saya yang tidak sempurna... masih belajar dan bertatih
dalam dunia penulisan... 111 dalam masa 14 hari.. (tepuk bahu sendiri... cakap
syabas.. kih kih kih) anggaplah mcam mini novel yang tak ada bab.. senang x
payah tertunggu-tunggu kan... hope enjoy reading and thanks coz alwayz
menyokongg... lebiu korang much much more...... =)
pesanan diraja::: pada cik puan encik tuan anon...
sila tinggalkan nama walaupun sepatah huruf... Let me know who are u
wokeyhh.... tq